Penggunaan frasa sendi di atas amat bercelaru. Kenapa penulis berpandangan sedemikian? Apabila kita membaca akhbar, buku-buku dan bahan-bahan penulisan lain, kita acap kali bertemu dengan penggunaan ‘di kalangan’, ‘di dalam kalangan’ ataupun ‘dalam kalangan’. Jadi, yang manakah yang betul?
SEBENARNYA ‘di-‘ ialah kata sendi nama yang digunakan untuk menunjukkan tempat atau lokasi. Contohnya:-
- di sekolah
- di kedai
- di sungai
- di kampung
- di dalam kelas
- di atas meja
- di luar padang ..
Adakah kata ‘kalangan’ itu bermaksud tempat atau lokasi? …. TIDAK.
JADI penggunaan ‘di kalangan’, dan ‘di dalam kalangan’ sebenarnya SALAH dan tidak GRAMATIS!
SEBETULNYA:-
- dalam kalangan bukannya di kalangan
- dalam kesedihan bukannya di dalam kesedihan
- dalam peperiksaan bukannya di dalam peperiksaan
- dalam siasatan bukannya di dalam siasatan

terima kasih atas penerangan ‘di kalangan’ atau ‘ dalam kalangan’ , namun saya masih berasa ragu-ragu kerana dalam Kamus Dewan, edisi keempat, muka surat 661, bawah kata masukan “kalangan”, dicatat contoh-contoh: di kalangan orang Melayu, di kalangan mahasiswa, di kalangan negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri….
Takkanlah Kamus Dewan boleh buat kesalahan sebegini??????
Kamus Dewan Edisi ke-4 atau apa2 lebih mementingkan maksud / erti sesuatu kata. Kadang2 terdapat juga kesilapan dari segi tatabahasa yang ada dalam kamus tersebut. Untuk rujukan yang lebih tepat tentang tatabahasa, anda dinasihatkan merujuk Buku Tatabahasa Dewan. Buku ini lebih khusus memperkatakan soal-soal tatabahasa. Buku ini juga yang menjadi rujukan umum pelajar sekolah kementerian.
Terima kasih.