Peribahasa…?

  • belakang parang jika diasah nescaya tajam= seseorang yang lemah akan jadi pandai juga jika diajar dengan betul
  • seperti ular kena palu= keadaan yang bengkang-bengkok
  • seperti rumput di tepi jalan= orang yang hina dan dipandang rendah
  • jikalau ular menyusur akar tiada akan hilang bisanya= seseorang yang berkedudukan tinggi tidak akan jatuh darjatnya jika bergaul dengan orang biasa
  • seperti kera mendapat bunga = orang yang tidak menghargai pemberian / pertolongan orang
  • si kudung mendapat cincin = beroleh untung tapi tidak dapat merasai nikmatnya
  • orang buta diberi bersuluh = perbuatan yang sia-sia
  • orang mengantuk disorongkan bantal = mendapatkan sesuatu yang dihajati mestilah gembira
  • bagai dakwat dengan kertas = tidak pernah berpisah, pasangan yang cocok
  • seperti embun di hujung rumput = kasih sayang yang tidak kekal
  • seperti ikan di dalam belat = keadaan yang sesak
  • seperti ikan pulang ke lubuk = orang yang balik ke tempat asal dan tidak mahu ke mana-mana lagi
  • besar periuk besar keraknya = besar pendapatan, besar perbelanjaannya
  • hujung lurus, pangkal berkait = orang yang zahirnya nampak baik tapi hatinya tidak
  • jauhari yang mengenal manikam = hanya orang yang bijaksana saja tahu kelebihan sesuatu ilmu
  • jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya = hendaklah berusaha untuk mendapat apa yang dihajati
  • rumah sudah siap, pahat berbunyi = mula bercakap-cakap (tidak puas hati) selepas sesuatu kerja telah siap
  • ukur baju di badan sendiri = membuat sesuatu biarlah sepadan dengan kemampuan diri
  • baik berjagung-jagung sementara padi belum masak = membuat kerja sambilan sebelum mendapat kerja sebenar
  • belum duduk sudah berlunjur = belum mendapat apa yang dihajati sudah mula berasa gembira / puas
  • biar putih tulang, jangan putih mata = sanggup mati daripada menyerah kalah
  • segan berkayuh, perahu hanyut = malas berusaha pasti tidak akan berjaya
  • bagai anjing buruk kepala = orang yang dikatahui kejahatan akan dibenci orang
  • bagai bulan jatuh ke riba = mendapat untung besar
  • bagai hujan jatuh ke pasir = perbuatan yang sia-sia
  • bagai kucing dibawakan lidi = orang yang ketakutan
  • gajah mati, tulang bertimbun = orang kaya mati pasti banyak meninggalkan harta
  • diam penggali berkarat = ilmu yang disimpan saja, lama-lama akan hilang
  • patah kemudi perahu hanyut = apabila hilang pemimpin maka akan jadi kacau-bilau rakyat jelata
  • seperti hujan jatuh ke pasir = nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu kerja yang sia-sia
  • seperti air di dalam kolam = orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya
  • ada sampan hendak berenang = sengaja menyusahkan diri
  • burung terbang dipipiskan lada = sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh
  • darah setampuk pinang = orang yang belum berpengalaman
  • nasi sudah menjadi bubur = sudah terlanjur, tidak dapat diubah lagi
  • menarik rambut di dalam tepung = bersikap bijaksana dan berhati-hati dalam menyelesaikan masalah
  • bagai lebah menghimpun madu = sangat rajin
  • bagai murai tercabut ekor = perempuan yang suka bercakap banyak
  • di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung = hendaklah kita menurut adat dan aturan di tempat yang kita tinggal




Pelbagai kesalahan ayat…?

Di bawah ini penulis senaraikan contoh ayat yang SALAH atau TIDAK GRAMATIS. Antaranya:-

  1. Majlis perletakan batu asas projek itu disempurnakan oleh Perdana Menteri.
  2. Polis akan menyiasat untuk mempastikan punca kematiannya.
  3. Baju-baju yang dijual di gerai itu mahal-mahal.
  4. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyiapkan kerja itu.
  5. Keputusan ini adalah merujuk kepada persetujuan semua ahli.
  6. Setiap orang mangsa H1N1 perlu dikuarantin segera.
  7. Begitu cantik sekali pemandangan ketika senja di tepi pantai.
  8. Dia pernah bertugas di kawasan penempatan orang asli.
  9. Mesyuarat ahli-ahli lembaga pengarah sedang berlangsung.
  10. Banyak perbezaan di antara Ali dengan sandara kembanrnya.
  11. Ibu sedang memasakkan mee goreng kepada saya.
  12. Adik menangis bila dimarahi oleh emak.
  13. Kempen anti-dadah akan dilancarkan pada bulan depan.
  14. Jika saya tidak menghadapi apa-apa masalah.
  15. Perkara itu akan mereka bincang selepas ini.
  16. Pekerja JKR sedang memperlebarkan jalan raya itu.
  17. Jangan membuat bising di dalam perpustakaan.
  18. Ibu-ibu bapa ditegur kerana terlalu memanjakan anak.
  19. Janakuasa elektrik hidro lebih menjimatkan kos.
  20. Kita perlu ada semangat cintakan tanah air.


Cuba kenal pasti kesalahan-kesalahan ayat di atas dan cuba perbetulkan kesalahannya.

Kesalahan Frasa kerja transitif…?

Sudah banyak kali penulis memberikan penerangan tentang kesalahan ayat yang berpunca daripada kata kerja transitif dan frasa kerja transitif. Cuba lihat penggunaan kata kerja transitif dalam ayat di bawah:-

  1. Mereka akan melaporkan kepada polis tentang kejadian itu.
  2. Ali memegang erat tangan ibunya ketika melintas jalan.
  3. Dia menerima banyak undangan ceramah daripada pihak sekolah.
  4. Ronaldo menanduk dengan kencang bola hantaran Nani.
  5. Penulis itu sedang memperkatakan tentang Forum Islam.

SEBENARNYA semua ayat di atas SALAH dari segi penggunaan kata/frasa kerja transitif.

  • Kata kerja transitif (KKT) ———–> objek

SEPATUTNYA ayat-ayat di atas ditulis begini:-

  1. Mereka akan melaporkan kejadian itu kepada polis.
  2. Ali memegang tangan ibunya dengan erat ketika melintas jalan.
  3. Dia banyak menerima undangan ceramah daripada pihak sekolah.
  4. Ronaldo menanduk bola hantara Nani dengan kencang.
  5. Penulis itu sedang memperkatakan Forum Islam.

* ‘kejadian’, ‘tangan’, ‘undangan’, ‘bola’ dan ‘Forum Islam’ ialah OBJEK yang mesti HADIR selepas KKT.

Kanang Cerita Seorang Pahlawan: Gaya bahasa…?

  • Penggunaan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris dan Iban:-
  1. Perkataan seperti helmet, winching point, snap link, repelling, assault boat > bahasa Inggeris
  2. agi idup agi ngelaban, bubut, ampi dan inong  > bahasa Iban
  • Penggunaan peribahasa seperti malang tidak berbau, menjaga tepi kain orang, sediakan payung sebelum hujan.
  • Penggunaan unsur personifikasi: contohnya “matahari sudah mula naik dan teriknya mula menggigit kepala” dan “kekecewaan memeluk diri saya”.

Bina nak mula ni? Khazim: www.tutor.com.my

Bila nak mula ni? Khazim: http://www.tutor.com.my

SPM 2007: Kesalahan istilah & tatabahasa…?

3(d)

  1. Atur susun perabot di dalam dewan pameran itu dilakukan oleh sesetengah dari pekerja syarikat tersebut.
  2. Kebanyakan penduduk-penduduk desa itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.
  3. Selepas musim pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

Jawapan:-

  1. atur susun > susun atur, dari  >  daripada
  2. penduduk-penduduk  >  penduduk, membajak  >  menuai
  3. setengah  >  sesetengah/setengah-setengah, pindaan  >  perubahan

Kepentingan / kemaslahatan kemasukan pelaburan asing…?

  • membawa masuk teknologi dan sistem pengurusan yang lebih moden serta tenaga profesional yang pakar dan produktif:- melatih tenaga kerja tempatan, negara boleh meniru pengurusan yang lebih canggih;
  • mengurangkan kadar pengangguran kerana wujudnya peluang kerja yang banyak dalam pelbagai sektor:- pelaburan asing bertambah, maka peluang pekerjaan akan meningkat, pendapatan perkapita negara akan meningkat, taraf hidup rakyat semakin baik;- mengurangkan kadar jenayah.
  • menambahkan pendapatan negara:- daripada bayaran cukai, mengurangkan pengaliran wang keluar, bahan mentah dapat diproses di dalam negara dan harga lebih berdaya saing jika dieksport nanti;
  • meningkatkan pembangungan infrastruktur seperti sistem pengangkutan, pelabuhan, bandar baru:- taraf hidup dan sosial rakyat meningkat.
  • mengeratkan hubungan kerjasama antara negara:- mewujudkan iklim politik yang stabil.
  • menjamin kejayaan wawasan negara menjadi sebuah negara maju.

180px-Final_assembly_2

Pelaburan ....teknologi canggih...?

Pelaburan ....teknologi canggih...?

m1a1-980120-a-0000k-002-s

    Putera Gunung Tahan: Perbandingan watak utama dengan sampingan…?

    • Watak utama: Ratu Bongsu
    • Watak sampingan: Tuan William
    1. Ratu Bongsu tabah mempertahankan Puncak Gunung Tahan daripada dirampas oleh penjajah Inggeris manakala Tuan William ialah wakil Inggeris yang mahu mendapatkan Puncak Gunung Tahan.
    2. Ratu Bongsu seorang yang bijak membuat keputusan dan tindakan sehingga berjaya menghalang niat Tuan William dan menggunakan teropong ajaibnya untuk memerhatikan keadaan sekeliling manakala Tuan William pula seorang yang tamak serta busuk hati serta penuh dengan muslihat. Beliau seorang suami yang tidak bertanggungjawab.

    Puncak Gunung Tahan...?

    Puncak Gunung Tahan...?