PMR 2009: BM Kertas 1(Jawapan)….?

Jawapan soalan kertas BM I berdasarkan pengamatan penulis:-

  1. B
  2. D
  3. B
  4. C
  5. D
  6. C
  7. A
  8. A
  9. D
  10. D
  11. D
  12. B
  13. A
  14. A
  15. A
  16. D
  17. D
  18. A
  19. A
  20. C bukannya A
  21. B
  22. C
  23. B
  24. D
  25. B
  26. A
  27. B
  28. B
  29. D
  30. C
  31. C
  32. D
  33. D
  34. B
  35. B bukannya C
  36. D
  37. D
  38. C
  39. B
  40. C

Pada pandangan penulis, soalan BM I PMR 2009 agak mudah dan pasti melegakan calon-calon. Semoga berjaya.

About these ads

36 comments on “PMR 2009: BM Kertas 1(Jawapan)….?

  1. Salam cikgu Azemi, wah cepat gila cikgu bg respon utk jwpn pmr 2009 ni bagus bagus.
    Tapi cikgu sy ada sikit kemusykilan:

    Soalan 10: “A” sebab jika ‘Perlantikan’ => merlantik => perlantik
    ‘Pelantikan’ => melantik => pelantik
    **Perlantikan tiada dlm sumber kamus dewanedisi ketiga saya.

    Soalan 14: Cikgu apa pandangan cikgu mengenai jawapan “B”(namun)

    Soalan 20: Apa pandangan cikgu mengenai jawapan “C”?
    contoh =”bukan sombong tetapi pemalu”
    =”bukan malas tetapi letih”

    Soalan 25: Adakah ayat I & II salah tatabahasanya? **rujuk soalan.

    Cikgu Azemi sila bagi tunjuk ajar ye. Terima kasih cikgu!

    • Begini, untuk ejaan kata ‘lantik’ imbuhan awalannya ialah pe- bukannya per-:
      Secara bandingannya begini:-
      jika kata dasar itu boleh menerima imbuhan ber- maka juga boleh menerima imbuhan awalan per-
      contoh main > ber+main – per-mainan
      gaduh > ber+gaduh – per+gaduhan
      jalan > ber+jalan – per+jalanan
      Jika kata dasar itu boleh menerima imbuhan me- maka juga boleh menerima imbuhan pe-
      Contoh lantik > me+lantik – pe+lantikan
      letak > me+letakkan – pe+letakan
      lancar > me+lancarkan – pe+lancaran
      * kata lantik tidak boleh menerima imbuhan awalan ber- > ber+lantik kerana itulah per+lantikan itu SALAH!
      Soalan 20, untuk menafikan kata adjektif kita gunakan kata nafi tidak bukannya ‘bukan’
      contoh:
      Dia tidak bijak bukannya dia bukan bijak.
      Soalan 14 dan 25 cikgu tak boleh komen lagi kerana cikgu tertinggal kertas soalan di sekolah.

    • Soalan 25. Ayat I memang salah! salah penggunaan kata bilangan. sepatutnya dua gelas setengah tepung / dua setengah jam sepatutnya dua jam setengah.
      Ayat II juga salah kata bilangan himpunan! sepatutnya kata bilangan himpunan ditulis dalam bentuk gandaan. contohnya beratus-ratus, berabad-abad, kedua-dua.
      Soalan 14 tiada masalah, jelas sekali kesalahannya pada penggunaan kata hubung ‘yang’ sepatutnya ‘bahawa’
      Soalan 20 cikgu belum pasti lagi kerana di situ seperti ada jawapan!

  2. Ali, Jawapan soalan 35 memang C kerana dalam cerita tersebut, tiada satu pun yang menceritakan ada masyarakat yang menjalin hubungan dengan negara luar.
    Jawapan soalan 36 pun rasanya tiada perubahan, iaitu D. maksud rangkap pertama itu ialah penyajak mengenangkan kejayaan cikgunya dalam mendidik anak bangsa seperti berjaya menjadi menteri, usahawan dll. Jawapan C terlalu umum.

  3. Soalan 11 jawapannya tetap D. kata ‘agar’ ialah kata hubung yang boleh diganti juga dengan ‘supaya’ dan tiada kaitan dengan kata perlu.

  4. Ziera ambil periksa PMR juga ke? Cikgu tak percaya. Siap ada blog sendiri lagi? Apa-apa pun terima kasih kerana singgah di blog cikgu.

  5. Tak timbul masalah itu. Sila teliti ayat di bawah:
    1. Dia belum pasti sama ada mahu berpindah ke Johor atau ke Melaka. Kata keterangan ke Johor atau Ke Melaka itu jika tidak dinyatakan kerana takut ‘maksud’ melebih-melebihkan! Jadi macam mana?

  6. Rujuk kamus Dewan edisi ke-4 kata pengurniaan boleh digantikan dengan kata penganugerahan.
    kata antara maksudnya perbandingan : antara saya dengan dia, dialah yang lebih baik…
    kata di antara membawa maksud tempat ‘di tengah-tengah’ : Dia berdiri di antara dua buah meja.
    jika kita menggunakan kata antara, pasangan kata sendinya ialah dengan ….
    di antara bandar Kota Bharu dengan Pengkalan Chepa tedapat debuah sekolah agama.
    antara saya dengan adik saya ….
    antara saya dan adik X

  7. Rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, silat lihat maksud kata tersebut. Kedua-duanya membawa maksud yang sama dan digunakan sebagai bahasa istana.

  8. Jawapannya B. banyak membeli hadiah. membeli ialah KKT dan mesti diikuti oleh objek iaitu hadiah.
    kata membelikan ( jawapan C) maksud membeli kepada: contoh ayat:- ibu membelikan adik sepasang baju.

  9. Jawapannya ialah A. Di antara dalam soalan tersebut memang membawa maksud tempat.
    Ibu pejabat persatuan itu terletak di antara perpustakaan dengan balai polis. Maksudnya ibu pejabat persatuan itu terletak di tengah-tengah antara perpustakaan dengan balai polis.

    O(perpustakaan)………………………..ibu pejabat………………………..O(balai polis)

  10. Jika tidak ada kata sendi di-, antara membawa maksud perbandingan. Contohnya antara saya dengan awak, siapa lebih baik. Antara selangor dengan kelantan, pasukan mana yang akan menang?

  11. Bergantung kepada sejauh mana keupayaan anda menjawab BM2. Walaupun begitu cikgu sentiasa mengingatkan pelajar supaya jangan salah lebih daripada 7 daripada 40 soalan.

  12. Baca betul2 soalan itu, soalan itu mahu kenyataan yang tidak benar tentang gerau (tukang masak) itu.
    Jadi jawapannya D yang tidak benar. Jika benar gerau itu cekap melaksanakan tugas, takkan tangannya terluka semasa memotong sayur bayam.
    Jawapan A, memang betul kenyataan itu kerana memang gerau itu bekerja bersungguh-sungguh.

  13. Terima kasih kerana sudi berbincang. Tapi saya tak nampak perkaitan antara kata hubung pancangan keterangan ‘agar’ dengan kata ‘perlu’ dalam soalan 11. Pada saya kata hubung seperti bahawa juga boleh digantikan, jika tak mahu menggunakan agar.
    Dalam buku Tatabahasa Dewan m.s 242 ada contoh ayat begini:
    36. Pertahanan negara perlu diperkuat agar keamanan sentiasa terjamin. Kata perlu ialah kata adjektif yang bermaksud ingin, mahu, minat manakala agar ialah KH pancangan keterangan yang tidak membawa makna apa-apa.

  14. Jawapannya memang D. Jawapan A – agar tak salah kerana penggunaan kata hubung agar memang betul. Kita diminta mengesan kesalahan sahaja.

  15. Begini Aleeya,
    Jika kita guna kata antara maka pasangannya ialah dengan:-
    contoh,
    antara Ali dengan Abu
    di antara Kota Bharu dengan Pasir Mas

  16. Minta maaf saya mencelah cikgu. Berkenaan soalan no. 20, berdasarkan pengamatan cikgu azemi, jawapan cikgu beri ialah C. Jawapan C itu begini : bukan sombong tetapi pemalu. Tetapi bukankah Kata Nafi ‘tidak’ untuk frasa kerja & frasa adjektif. Manakala Kata Nafi ‘bukan’ untuk frasa nama & frasa sendi nama. Perkataan sombong itu saya kira termasuk dalam Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan (mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga m/s 227). Jadi mengapa ya cikgu azemi menggunakan Kata Nafi ‘bukan’ untuk perkataan sombong tetapi tidak menggunakan Kata Nafi ‘tidak’ untuk perkataan sombong itu? Saya cuma ingin mendapatkan penjelasan cikgu. Sekiranya saya tersilap dan kekurangan ilmu harap dapat maafkan saya. Terima kasih cikgu.

  17. Salam,
    Renspons saudara Amir Syafiq tentang jawapan soalan no.20 diucapkan ribuan terima kasih. Tentang maklumat penggunaan kata nafi bukan dan tidak yang dijelaskan itu memang benar. Bukan digunakan untuk menafikan kata nama dan kata sendi manakala tidak digunakan untuk menafikan kata kerja dan kata adjektif. Cuma dalam kes ini ada sedikit kekecualian dan jika saudara Amir membuat rujukan hal ini merujuk Tatabahasa Dewan, penjelasannya mungkin akan lebih jelas. Maksud cikgu jika membawa maksud pertentangan maklumat. Sila rujuk m.s. 250 (Tatabahasa Dewan) – ayat 149 – 152… Baca dan cuba buat analisis sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s