Sajak: Seorang Guru Tua…?

  • Guruku yang baik
  • masih lagi mengajar
  • sedang aku kini sudah besar
  • dulu wajahnya muda
  • kini rambut memutih kepala
  • ada anak-anak muridnya
  • kini memegang jawatan tinggi
  • tidak kurang pula
  • bergelar usahawan berjaya.


  • Guruku yang baik
  • masih di situ
  • masih memandu kereta lama
  • masih menuju sekolah yang sama
  • tiada kelihatan jemu
  • dari air mukanya
  • tiada kedengaran bosan
  • dari suara bibirnya
  • dia gigih menggenggam
  • tanggungjawab yang diamanahkan.

  • Seorang guru tua
  • dia masih di situ
  • berdiri sebagai guru
  • menabur jasa-jasa
  • dialah pendidik bangsa!
Gunawan Mahmood, 1987, DBP.
Mesej Rangkap 1:
  1. Penyajak mengatakan bahawa guru yang pernah mengajarnya ialah seorang guru yang baik.
  2. Gurunya masih bertugas walaupun sudah tua.
  3. Ramai anak muridnya sudah berjaya dalam pelbagai bidang.
Mesej Rangkap 2:
  1. Gurunya masih mengajar di sekolah lama dan masih berkereta buruk.
  2. Penyajak memuji gurunya yang bersemangat kental dan gigih mendidik anak bangsa.
  3. Gurunya memikul amanah dan tanggungjawab dengan semangat yang tinggi.
Mesej Rangkap 3:
  1. Penyajak mengatakan walaupun gurunya sudah tua tetap terus berjasa kepada anak bangsa.
  2. Gurunya ialah guru yang sejati.

Guruku...? Khazim http://www.tutor.com.my

    About these ads

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s