Tema:
- Jenaka dan sindiran tentang hal-hal yang berkaitan tingkah laku dalam kehidupan manusia.
Persoalan:
- Tidak berbaloi bagi seseorang jika mempunyai isteri cantik tetapi tidak tahu memasak.
- Kita akan berasa pelik dan melucukan apabila sesuatu perkara itu dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya.
- Pelbagai kepelikan dan masalah dalam kehidupan yang memerlukan ilmu untuk menyelesaikannya.
- Pelbagai keanehan dan luar biasa tidak mustahil berlaku dengan tanpa diduga dalam kehidupan manusia.
Nilai:
- Kerajinan > seseorang isteri kena rajin belajar ilmu rumah tangga.
- Bijaksana > Manusia yang berilmu dapat mengkaji keanehan dan mengatasi masalah yang timbul.
- Berdikari > Mempelajari ilmu untuk membaiki kelemahan diri.
Pengajaran:
- Seseorang isteri mestilah mempelajari ilmu berumah tangga untuk kesempurnaan diri bukan hanya bergantung kepada kecantikan diri semata-mata.
- Kita hendaklah menuntut ilmu sebagai langkah untuk bertindak lebih bijaksana dalam mentafsirkan keanehan yang berlaku agar dapat dijadikan panduan.
- Kebijaksanaan hanya dapat diperoleh dengan menuntut ilmu.
|
PANTUN |
MAKSUD |
| Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. |
Memilih isteri biarlah yang tahu menguruskan rumah tangga bukan sahaja berdasarkan kecantikan. |
| Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab. |
Pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahli akan dicemuh dan ditertawakan orang. |
| Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut. |
Satu keanehan berlaku apabila kambing tidak takut akan harimau. (peristiwa pelik) |
| Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu. |
Sesuatu keanehan yang berlaku melahirkan kebimbangan orang ramai |
| Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan. |
Perasaan hairan wujud kerana berlaku perkara yang luar biasa yang mustahil sebenarnya. |
Gaya bahasa tak berapa ditanya dalam SPM…