TEMA:-
- Harapan dan amanat kepada golongan remaja agar mengisi kehidupan remaja dengan amalan yang sihat. Remaja mestilah mempunyai hala tuju dan matlamat hidup.
PERSOALAN:-
- Zaman remaja merupakan zaman yang sangat berharga.
- Remaja harus memanfaatkan usia remaja dengan menuntut ilmu.
- Remaja mestilah mempunyai pendirian, keberanian dan ketabahan dalam mencari ilmu.
- Remaja perlu mempunyai hala tuju yang jelas dalam kehidupan mereka.
NILAI:-
- Tabah > remaja perlu tabah menuntut ilmu.
- Keberanian > perlu berani berhadapan pelbagai dugaan.
- Berhati-hati > perlu berhati-hati supaya tidak dikelirukan oleh perasaan cinta pada usia remaja.
- Bijak > menggunakan peluang ketika remaja yang serba bertenaga.
- Rasional > mesti rasional dalam apa-apa jua tindakan.
|
RANGKAP |
MAKSUD |
|
1 |
Keadaan kehidupan remaja yang serba muda dan bertenaga serta bebas daripada runtunan masalah. |
|
2 |
Kehidupan remaja yang perlu memilih sama ada memilih untuk leka bercinta atau berusaha menuntut ilmu. |
|
3 |
Usia remaja sebenarnya sangat berharga dan tidak boleh dijual beli. Harga usia remaja ialah keteguhan hati, keberanian menempuh cabaran dan kegigihan menuntut ilmu. |
|
4 |
Remaja perlu memenuhi usianya dengan hala tuju hidup yang jelas dan menjadi insan yang berguna. |
Sama-sama adik Nur Farhanah.
Sama-sama akira…