PLOT
- Pengenalan:
- ~ Raja Zainu’l Muluk menjadi buta menyebabkan anak-anaknya keluar istana mencari penawar untuk menyembuhkannya kecuali Taju’l Muluk.
- Perkembangan:
- ~ Taju’l Muluk memohon keluar untuk mencari bunga bakawali daripada ayah dan bondanya apabila saudara-saudaranya tidak pulang.
- ~ Taju’l Muluk menghambakan dirinya kepada amir dan belajar bermain catur sehingga mahir dan dapat mengalahkan seluruh pemain catur yang handal di dalam negeri.
- ~ Taju’l Muluk memperdaya penghulu mahligai dan berjaya mengetahui rahsia bagaimana Puteri Jenuh Hati hebat bermain catur.
- ~ Taju’l Muluk ke mahligai Puteri Jenuh Hati dan mengajaknya bermain catur.
- ~ Taju’l Muluk berjaya mengalahkan Puteri itu dan menyebabkan beliau habis hartanya kerana kalah bertaruh. Puteri Jenuh Hati akhirnya menjadi hamba Taju’l Muluk.
- Perumitan:
- ~ Taju’l Muluk meneruskan pengembaraan mencari bakawali.
- ~ Taju’l Muluk terserempak dengan raksasa dan bernasib baik kerana tidak dimakan oleh raksasa itu sebaliknya Taju’l Muluk dijadikan anak angkat raksasa itu.
- ~ Taju’l Muluk telah menjamu raksasa itu dengan roti dan kebab daging. Raksasa itu memanggil raksasa lain dan memberitahu hajat Taju’l Muluk.
- ~ Taju’l Muluk diutuskan oleh raksasa bersama-sama sepucuk surat kepada Dewi Hamalah iaitu ketua dua belas ribu raksasa yang menjaga Taman Bakawali.
- Peleraian:
- ~ Dewi Hamalah begitu gembira apabila bertemu dengannya dan mengahwinkan Taju’l Muluk dengan anak angkatnya Dewi Mahmudah.
Memanglah, inikan usaha cikgu untuk membantu. Untuk lebih cukup isinya…. carilah sendiri. Belajar kena banyak usaha dik!