Peribahasa…?

PERIBAHASA:-

  • Ungkapan atau kata yang tersusun yang mengandungi unsur-unsur nilai murni tentang cara anggota masyarakat berfikir dan bertindak.
  • Amat popular pada zaman dahulu dan digunakan orang untuk tujuan mendidik dan menyampaikan teladan secara halus dan simbolik.
  • Terdapat 4 jenis peribahasa:-
  1. Simpulan bahasa {terdiri daripada 2 patah perkataan tersusun yang membawa maksud tertentu}
  2. Perumpamaan {rangkaian kata yang dimulai dengan kata umpama, seperti, bagai, laksana, dan bak}
  3. Bidalan {susunan kata menarik yang jelas maksudnya dan tidak ada maksud terselindung atau tersirat}
  4. Pepatah {kalimat yang bersifat ringkas, disusun berangkap dan terdapat pengulangan kata}

SIMPULAN BAHASA:-

  • ambil angin > bersiar-siar.
  • ayam tambatan > orang harapan.
  • batu loncatan > sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan yang lain.
  • bergolok bergadai > berhabis-habisan (berbelanja).
  • bunga dedap > perempuan cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
  • cagak hidup > wang riba.
  • cepat tangan > suka mencuri.
  • duit teh > wang sogokan (rasuah).
  • kambing hitam > orang yang dipersalahkan.
  • kucing bertanduk > perkara yang tidak akan berlaku
  • tumbuk rusuk > menerima rasuah.
  • patah kandar > hilang tempat bergantung.
  • ringan mulut > peramah.

PERUMPAMAAN:-

  • bagai pucuk dilancarkan > amat cepat.
  • bagai layang-layang putus tali > tiada pedoman / sudah putus harapan.
  • bak birah dengan keladi > hampir serupa sahaja.
  • ibarat dakwat dengan kertas > tidak dapat dipisahkan.
  • ibarat mencangkul angin > angan-angan yang tidak disertai dengan usaha.
  • laksana pohon kayu tidak berbuah > orang yang berilmu tetapi tidak digunakan.
  • laksana ikan dituba > tidak bermaya / hampir mati.
  • laksana taji dibentuk > kening yang amat cantik.
  • macam papan > sangat kurus.
  • macam tunggul pisang > hidup sebatang kara / keseorangan.
  • seperti api dalam sekam > kejahatan yang dilakukan secara senyap atau tanpa disedari.
  • seperti hujan jatuh ke pasir > nasihat yang tidak dihargai / pekerjaan yang sia-sia.
  • seperti gagak pulang ke benua > jauh berjalan tapi ilmu tidak bertambah.
  • umpama air digenggam tak tiris > sangat kedekut.

BIDALAN:-

  • ada gula ada semut > orang akan tertumpu di tempat yang mudah mendapat rezeki.
  • ada sampan hendak berenang > sengaja menyusahkan diri.
  • belum duduk sudah berlunjur > melakukan sesuatu pekerjaan tidak mengikut peraturan, akhirnya diri yang susah.
  • burung terbang dipipiskan lada > sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
  • darah setampuk pinang > tiada pengalaman.
  • diam penggali berkarat > ilmu yang disimpan saja, lama-lama akan hilang juga.
  • gajah mati kerana gadingnya > mendapat kecelakaan daripada kelebihannya.
  • menarik rambut di dalam tepung > bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah.
  • patah kemudi perahu hanyut > sesuatu kaum apabila hilang pemimpin akan menjadi kucar-kacir.

PEPATAH:-

  • ada kerak adalah nasi > sesuatu kejadian itu tentulah ada kesannya.
  • ada ubi ada batas, ada masa dapat balas > perbuatan jahat akan pasti mendapat balasan juga.
  • ayam terlepas, tangan bau tahi > mencari keuntungan tapi menanggung kerugian atau malu.
  • ditelan mati emak, diluahkan mati bapa > serba salah hendak membuat keputusan.
  • enggan seribu kata, mau sepatah kata > jika tidak bersetuju banyaklah alasannya.
  • jauh bau bunga, dekat bau tahi > apabila jauh selalu terkenang tapi apabila dekat selalu bertengkar.
  • rosak bawang ditimpa jambak > malang kerana perbuatan sendiri.
  • ujung lurus, pangkal berkait > nampak baik tetapi sebenarnya jahat.
About these ads

5 comments on “Peribahasa…?

  1. maaf cikgu azemi,saya dari sk tmn pasir putih,pasir gudang,johor.boleh tak saya tanya bagaimana cara-cara untuk memahami subjek bahasa melayu kerna saya selalu saja mendapat ”B”dalam subjek bahasa melayu.
    [MURID TAHUN ENAM]

    • Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek berkaitan kemahiran bukan pengetahuan. Jika pengetahuan, kita perlu membaca dan menghafal. manakala subjek yang lebih kepada kemahiran, sering membuat latihan ulang kaji adalah cara yang terbaik.

  2. Salam cikgu, sy cikgu norazliah dr SMK Ringlet, mohon guna bahan cikgu utk PdP saya. Sy sedang cuba hasilkan modul karangan utk murid lemah. T.kasih.Wassalam

  3. Jangka masa yang pendek atau masa yang sekejap, atau umur yang terlalu muda. Contoh ayat, Budak yang baru setahun jagung itu tidak akan mampu lulus ujian itu.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s