PLOT
Permulaan:-
- Amin meminta wang daripada ibunya kerana mahu membayar yuran persekolahan dan peperiksaan PMR.
- Ibunya tidak dapat menunaikan permintaan Amin kerana ketiadaan wang.
Perkembangan:-
- Amin dimarahi oleh Cikgu Arsad dan pengetua.
- Pengetua mengingatkannya supaya segera membayar yuran PMR agar dia layak menduduki peperiksaan.
Perumitan:-
- Amin ponteng sekolah kerana takut akan dimarahi Cikgu Arsad dan pengetua.
- Sewaktu di pekan, Amin berjaya menangkap seorang peragut yang meragut beg seorang wanita.
- Amin dan peragut itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Klimaks:-
- Mak Jah menanti Amin di muka pintu rumahnya.
- Mak Jah sedih kerana mengetahui Amin ponteng sekolah.
- Mak Jah mengingatkan Amin pesan arwah ayahnya yang mahu melihat Amin belajar bersungguh-sungguh.
Peleraian:-
- Wanita muda yang ditolong Amin datang ke rumah untuk memulangkan beg Amin yang tertinggal di balai polis.
- Wanita itu memberikan hadiah kepada Amin yang membantunya menangkap peragut tersebut.