Cikgu ingin utarakan beberapa soalan Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Julai 2010 yang baru berlalu. Berdasarkan pengalaman, soalan-soalan yang keluar pada peperiksaan SPM Julai ini tidak akan ditanya lagi pada peperiksaan SPM November nanti.
Antara soalannya ialah:-
- Sajak: Derita Pertama
- Drama: Serunai Malam
- Cerita Klasik: Asal usul Raja Kecil
- Novel:
- Kritikan terhadap masyarakat
- Latar masyarakat
Pelajar SPM sekalian bolehlah mengambil ingatan tentang makluman ini dan buatlah perancangan teliti dalam mengulang kaji pelajaran.
salam cikgu
saya pernah menduduki spm tahun 2003… dan pernah mengambil paper julai untuk subjek bm, namun masih lg tidak krdt . Disini sy ingin minta bantuan cikgu memberi tips& cara menjawab soalan kerana tahun nie saya bakal mengambil papaer julai
Salam,
Banyakkan membuat latihan menjawab soalan-soalan SPM yang lepas-lepas. Seelok-eloknya dapatkan buku koleksi soalan SPM yang terdahulu. Kemudian buat latihan menjawab soalan dan semak jawapan cadangan yang diberikan. Dari situlah anda akan mendapat maklumat penting.
salam.. cikgu azmi untuk peperiksaan paper julai tahun 2012 ni.. masih lg menggunakan novel da antalogi yang lama jugak ke?
salam,
SPM kertas Julai BM menggunakan antologi baharu seperti Harga remaja, Novel Renyah…
Nak tanya, saya pernah menduduki spm pada tahun 2007 lalu. saya akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan jun ni. komasa harga remaja dan juga dirgahayu ataupun Novel papa dan konsert terakhir sama pada bulan jun ni?
Komsas yang baharu.
Untuk Julai Paper masih pakai format yang sama.
Salam cikgu azmi,
Saya ingin bertanya, adakah format peperiksaan ulangan paper Jun pada tahun ini akan sama seperti soalan peperiksaan SPM akhir tahun 2010.
Aaa…masih menggunakan sukatan lama. maksudnya novel dan antologi yang lama.