peristiwa menarik anak din biola…?

Contoh soalan:

D. Huraikan peristiwa-peristiwa menarik perhatian anda daripada novel Anak Din Biola.

Contoh Jawapan:-

Peristiwa-peristiwa yang ditonjolkan dalam sesebuah novel mampu menarik perhatian dan minat pembaca untuk menghayati novel itu dengan lebih mendalam.

Melalui novel ini, antara peristiwa yang menarik perhatian saya ialah peristiwa bagaimana rakan-rakan Budiman iaitu Chong dan Chandra sanggup membantu Budiman mengumpulkan wang untuk membeli sebuah biola. Mereka bertiga bekerja sambilan di sebuah stesen pam minyak.

Peristiwa kedua yang menarik perhatian saya ialah peristiwa tertangkapnya Pak Mat Tukang Masak oleh polis dengan bantuan Budiman. Budiman berjaya melarikan diri daripada perangkap Pak Mat dan melaporkan kegiatan jahatnya kepada pihak polis.

Peristiwa ketiga yang juga menarik perhatian saya adalah ketika Budiman gigih berusaha belajar bermain biola dengan Pak Wan Busu, muncul seorang watak perempuan bergelar Datin Siti Norbayu yang sanggup membantu Budiman mencapai cita-citanya. Beliau menyediakan tempat belajar muzik secara percuma kepada Budiman di sekolah muzik ‘Lagu Bayu’nya.

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s