Esei: Punca remaja kurang terlibat dengan aktiviti komuniti seperti gotong-royong…?

Belakangan ini fenomena golongan remaja amat kurang melibatkan diri dengan aktiviti komuniti seperti  gotong-royong yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kebanyakan golongan dewasa dan yang berumur sahaja yang masih bersedia menyumbangkan masa dan tenaga demi menjayakan program komuniti yang dianjurkan. Pelbagai punca yang menyebabkan golongan remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Antaranya:-

  • Kekangan masa – remaja hari ini dibelenggu oleh masalah kekangan masa. Mereka sibuk dengan aktiviti persekolahan (belajar, kokurikulum, tuisyen, kerja rumah, bantu keluarga dll)
  • Kurang kesedaran pelajar tentang manfaat gotong-royong.
  • Remaja beranggapan bahawa aktiviti gotong-royong membuang masa dan kurang berfaedah.
  • Remaja lebih cenderung melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti menyertai kegiatan sukan, mengembara, mendaki dll.
  • Sesetengah remaja suka menghabiskan masa mereka dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, lumba haram, berfoya-foya dll.
  • Sesetengah ibu bapa remaja tidak menggalakkan anak remaja mereka terlibat dengan aktiviti tersebut kerana masalah keselamatan, kecederaan dll.
  • Remaja menganggap gotong-royong  kerja yang sia-sia kerana ketiadaan upah atau ganjaran.
  • Remaja lebih suka menyendiri dan tidak mahu bergaul rapat dengan masyarakat sekeliling.
  • Remaja banyak menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen, video, permainan video, mendengar muzik dll.
  • Kurang kempen penerangan oleh pihak-pihak bertanggungjawab seperti pihak kerajaan, ketua masyarakat, guru-guru dan juga ibu bapa.
  • Remaja terpengaruh oleh sikap masyarakat hari ini yang lebih mengutamakan materialistik.
  • Sistem pendidikan hari ini yang lebih berorientasikan peperiksaan menyebabkan remaja tertekan dan berlumba-lumba untuk berjaya dalam peperiksaan.
  • Pola petempatan masyarakat juga tidak membantu remaja untuk terlibat dengan aktiviti gotong-royong.
  • Terlalu banyak perkara yang melekakan remaja.
  • Pengaruh rakan sebaya.
  • Remaja memandang rendah terhadap aktiviti gotong-royong seperti menganggap hanya remaja kampung dan miskin sahaja sesuai dengan aktiviti tersebut.
  • Remaja kurang mempunyai latar belakang agama.
  • Tuntutan hidup seperti membantu keluarga mencari nafkah juga menjadi penghalang kepada remaja untuk menyertai gotong-royong.
About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s