Category: BANK PMR


Soalan BM(1) mengundang masalah lagi. Banyak juga timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa, guru mahupun pelajar yang merupakan calon PMR 2012. Kesilapan seperti ejaan memberikan gambaran bahawa pihak LPM cuai dalam penyediaan dan penggubalan sesuatu item soalan. Diharapkan pihal LPM lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Contoh kesilapan ejaan yang terdapat dalam soalan BM(1) ialah penggunaan ejaan bagi kata terperdaya yang dieja sebagai terpedaya dalam soalan…? Kesilapan mudah seperti ini tidak seharusnya berlaku.

Kata terperdaya jika dirujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 321, berasal daripada kata dasar ‘daya’ yang bermaksud kekuatan, tenaga, keupayaan dan kemampuan. Maksud ke-2 kata daya ialah akal, ikhtiar, jalan (untuk sesuatu). Kata ‘daya’ juga membawa maksud muslihat, tipu.

Cikgu akan senaraikan kata ‘daya’ yang berlainan bentuk seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, iaitu:-

  • daya 1 – kekuatan, tenaga, kemampuan > daya pengeluaran
  • daya 2 – akal, ikhtiar, jalan > seribu daya
  • daya 3 – muslihat, tipu > tipu daya, memperdaya
  • memperdayai – menipu
  • mendayai – menipu, mempengaruhi
  • terdaya – termampu
  • terperdaya – terkena tipu daya
  • kedayaan – kebolehan membuat sesuatu

Selepas dibuat semakan, tidak wujud sama sekali perkataan ‘terpedaya’ dalam helaian muka surat kamus rujukan tersebut. Perkataan yang ada ialah ‘terperdaya’ iaitu kata dasar ‘daya’ digunakan bersama dengan imbuhan awalan ‘ter-‘ dan juga ‘per-‘ (ter + per + daya > terperdaya).

Ringkaskan cerita, ejaan perkataan ‘terpedaya’ yang terdapat dalam soalan BM(1) 2012 itu SALAH dan sepatutnya ditulis ‘terperdaya’.

JAWAPAN SAINS (1) PMR 2012…?

JAWAPAN SAINS KERTAS 1 PMR 2012:-

  1. C
  2. A
  3. D
  4. C
  5. B
  6. C
  7. C
  8. C
  9. C
  10. A
  11. B
  12. A
  13. A
  14. C
  15. C
  16. D
  17. B
  18. D
  19. D
  20. A
  21. A
  22. A
  23. A
  24. B
  25. B
  26. D
  27. B
  28. A
  29. C
  30. A
  31. D
  32. D
  33. C
  34. D
  35. B
  36. A
  37. B
  38. D
  39. B
  40. C

Perkongsian Cikgu Wan Sakinah

JAWAPAN SOALAN MATEMATIK (1) PMR 2012:-

  1. C
  2. C
  3. B
  4. A
  5. D
  6. A
  7. C
  8. B
  9. A
  10. A
  11. C
  12. A
  13. C
  14. B
  15. A
  16. B
  17. D
  18. B
  19. C
  20. B
  21. A
  22. B
  23. D
  24. C
  25. A
  26. D
  27. B
  28. C
  29. B
  30. A
  31. B
  32. D
  33. A
  34. D
  35. A
  36. B
  37. D
  38. A
  39. B
  40. D

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada pembaca dan pengunjung blog cikgu sekalian, cikgu telahpun memasukkan jawapan terkini bagi soalan Geografi dan Sejarah PMR 2012. Pembaca sekalian boleh mendapatkan jawapan itu dengan melayari blog cikgu iaitu di alamat:-

JAWABAN BI (1) PMR 2012…?

JAWABAN SOALAN ANEKA PILIHAN BI 1:-

  1. D
  2. A
  3. D
  4. C
  5. A
  6. C
  7. B
  8. C
  9. A
  10. B
  11. C
  12. B
  13. C
  14. A
  15. D
  16. B
  17. D
  18. A
  19. A
  20. B
  21. B
  22. A
  23. C
  24. B
  25. D
  26. A
  27. B
  28. D
  29. A
  30. B
  31. D
  32. C
  33. A
  34. D
  35. D
  36. C
  37. A
  38. B
  39. C
  40. D

Terima kasih Teacher Nik Fauziah.

JAWAPAN 31 – 40…?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Janji mesti ditepati…! Kelmarin cikgu telah berjanji untuk memberikan jawapan BM 1 untuk soalan 31 – 40, dan alhamdulillah… semuanya akan disertakan selepas ini.

CUMA cikgu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung blog ini kerana jumlah pengunjung kelmarin meningkat begitu mendadak sehingga memecahkan rekod kunjungan pelawat sepanjang tahun ini. Terima kasih.

Dalam banyak-banyak pengunjung itu, tidak kurang juga bertanyakan cikgu tentang jawapan-jawapan yang dirasakan ‘was-was’, al-maklumlah sekarang ini banyak cikgu kat luar sana tu!

Misalnya bagi soalan no. 14:

14. “Cuba kaujelaskan (A) kepada rakan-rakan engkau (B) itu supaya dia (C) tahu bahawa aktiviti ini diadakan untuk

kebaikan kita bersama,”  kata Ali kepada Tini. Tiada kesalahan (D)

 
  •  Jawapan untuk soalan 14 di atas ialah C kerana ganti nama yang betul untuk menggantikan kata rakan-rakan (ramai/banyak) ialah mereka. Kata ganti nama diri ketiga ‘dia’ menunjukkan seorang.
  • Ada pula pelawat mencadangkan soalan no. 14 itu, jawapannya ialah A. Alasannya adalah kerana sepatutnya kaujelaskan itu dijarakkan menjadi kau jelaskan. SEBENARNYA begini, kata ganti nama diri apabila dipendekkan seperti aku > ku, kamu > mu, engkau > kau mestilah ditulis rapat dengan kata kerjanya kerana sifatnya telah menjadi tidak mantap. Contoh:-
  1. engkau jelaskan > kaujelaskan
  2. hadiah kamu > hadiahmu
  3. aku hadiahkan > kuhadiahkan

Harap maklum.

 JAWAPAN 31 – 40

 31. D

32. B

33. C

34. C

35. D

36. B

37. C

38. D

39. D

40. D

 

NOVEL 2012…?

ANALISIS SOALAN NOVEL 2005 – 2011

TAHUN

ASPEK YANG DITANYA

2005

Latar masa, latar tempat dan latar masyarakat

2006

Perbandingan antara watak utama dengan watak sampingan

2007

Contoh daripada pengajaran sikap saling membantu

2008

Latar tempat

2009

Contoh peristiwa daripada persoalan yang diberi

2010

Contoh peristiwa daripada nilai yang diberi

2011

Contoh peristiwa perwatakan watak utama

2012

??????????

ANALISIS SOALAN BAHAGIAN B (BM2)

TAHUN

ISU/TOPIK

2005

Kitar Semula

2006

Kebaikan Bergotong-royong

2007

Aktiviti Sempena Pesta Flora

2008

Kesan-kesan Banjir

2009

Cara Mengatasi Kesesakan Jalan Raya

2010

Kesan-kesan Kegiatan Pembalakan Haram

2011

Faedah Memajukan Industri Pelancongan

2012

??????????

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pelajar dan pembaca yang dihormati sekalian….

Belakangan ini pertanyaan yang sering diajukan pembaca sama ada pelajar, guru mahupun ibu bapa adalah tentang soalan-soalan  yang mungkin keluar dalam PMR nanti. Ada sesetengah pertanyaan itu pula diiringi dengan pujuk rayu dan sesetengahnya pula siap dengan harapan yang menggunung tinggi. Alahai, …. sakit kepala Cikgu dibuatnya.

SEBENARNYA, walaupun Cikgu mempunyai pengalaman yang luas dalam hal-ehwal Bahasa Melayu PMR ini, namun kerja-kerja nujum-menujum ini bukanlah baik malah kadang-kadang merugikan. Bayangkan jika soalan atau tajuk yang dijangka keluar, tak muncul tiba, siapa yang mahu dipersalahkan?
Berkenaan dengan tajuk atau soalan yang keluar nanti, pelajar-pelajar bakal calon PMR sekalian janganlah terlalu takut atau risau, kerana semua skop topiknya telah diajarkan guru masing-masing.
CUMA nasihat Cikgu, untuk soalan-soalan karangan, pelajar mestilah menguasai tajuk-tajuk yang berkisar tentang diri pelajar sendiri, seperti tajuk yang berkaitan dengan persekolahan (asrama, kokurikulum, teknik belajar, peranan ibu bapa, disiplin, kantin, sukan dan kesihatan). Tajuk-tajuk yang berkaitan ibu bapa dan pihak sekolah juga seharusnya diberikan perhatian oleh pelajar-pelajar. Contoh soalan atau tajuk karangan yang PATUT dikuasai pelajar ialah:-
  • Bagaimanakah cara mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar?
  • Peranan ibu bapa/guru/pelajar dalam menangai masalah disiplin pelajar.
  • Faedah menabung kepada pelajar.
  • Kebersihan.
  • Kebaikan koperasi sekolah.
Bagi soalan novel pula, soalan yang keluar pada tahun lepas adalah tentang perwatakan, 2010 – nilai, 2009 – persoalan, 2008 – latar tempat, 2007 – pengajaran, 2006 – watak dan 2005 – latar tempat, masa dan masyarakat.
Pada tahun ini, pelajar-pelajar seharusnya memberikan lebih tumpuan kepada tema serta latar di samping tajuk-tajuk lain. 

SEMAK TATABAHASA…?

SM. SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

16100 KOTA BHARU, KELANTAN.

 ITEM PENGUKUHAN-PENGAYAAN BAHASA MELAYU PMR 2012

  1. Puan Aida mengirimkan anaknya wang pada setiap hujung bulan bagi menampung belanja persekolahan anaknya itu.
  2. Pembacaan yang luas dapat mempertajamkan minda para pelajar.
  3. Ramai kanak-kanak orang Asli buta huruf dan ketinggalan daripada pelbagai segi.
  4. Oleh kerana sessi persekolahan baru sahaja tamat, banyak pelajar mengambil kesempatan untuk bergambar sesama mereka.
  5. Mangkuk kristal kesayangan ibu telah remuk setelah terhempas ke lantai.
  6. Majlis perlantikan barisan pemimpin-pemimpin baharu pengawas akan dilangsungkan pada minggu depan.
  7. Jalan cerita drama yang melirik-lirik itu menimbulkan rasa bosan di kalangan penonton.
  8. Saya diminta oleh Cikgu Ali untuk menulis kata-kata aluan bagi buku majalah tersebut.
  9. Milah telah kehilangan kedua orang tuanya ketika dia berumur lima setengah tahun.
  10. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah cikgu terima pada tahun 1993.
  11. Setiap manusia akan mengimpikan sebuah kehidupan yang mengembirakan.
  12. Temuduga terbuka pegawai kedet tentera itu mendapat sambutan hangat daripada para belia-belia.
  13. Ayah berkerja sebagai juru mesin di kilang papan itu.
  14. Persie berjaya menjaringkan gol untuk MU di minit yang ke 65.
  15. Lukisan-lukisan yang dipamirkan di kedai itu cantik-cantik.
  16. Sebelum datuk meninggalkan dunia, dia sempat berpesan agar saya tidak mengabaikan solat.
  17. Jangan mengambil barang kepunyaan orang tanpa kebenaran.
  18. Jebatkah yang bersalah, atau akukah?
  19. Beberapa kereta terlibat di dalam kemalangan ngeri itu.
  20. Penyanyi yang sangat terkenal itu sedang membuat persembahan di pentas.
  21. Langkah dominan menggalakkan amalan membaca ialah mengadakan kempen kesedaran.
  22. Periuk-belanga kepunyaan Tuan Puteri Saadung masih tersimpan di gua Bukit Marak.
  23. Ramai penonton mengakui akan kehebatan penyerang muda itu.
  24. Kempen anti-merokok kurang berjaya kerana tidak mendapat kerja sama yang baik dari orang awan.
  25. Bapa baru sahaja balik kampung kerana ada kematian keluarganya di sana.
  26. Dengan berpandukan kepada peta lakaran itu, kami mula meredah hutan yang tebal itu.
  27. Pilhanraya Umum ke-13 akan diadakan pada akhir tahun ini.
  28. Udara-udara yang tercemar oleh asap-asap kilang boleh membahayakan kesihatan penduduk sekitar.
  29. Mayat-mayat yang bergelimpangan itu adalah mangsa pembunuhan kejam rejim tentera Syria.
  30. Pemain badminton itu menyertai banyak kejohanan, namun masih gagal menjadi juara.

** Kesan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat di atas kemudian cadangkan cara pembetulannya.

> Jawapan selepas ini.