NOVEL 2012…?

ANALISIS SOALAN NOVEL 2005 – 2011

TAHUN

ASPEK YANG DITANYA

2005

Latar masa, latar tempat dan latar masyarakat

2006

Perbandingan antara watak utama dengan watak sampingan

2007

Contoh daripada pengajaran sikap saling membantu

2008

Latar tempat

2009

Contoh peristiwa daripada persoalan yang diberi

2010

Contoh peristiwa daripada nilai yang diberi

2011

Contoh peristiwa perwatakan watak utama

2012

??????????

Novel 6:20…?

TEMA:-

  • Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir buruk dari Barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran Barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang terjadi kepada Jerry.

PERSOALAN:-

  • Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.
  • Konflik dalam keluarga.
  • Tanggungjawab seorang sahabat.
  • Berani menegakkan kebenaran.
  • Menunaikan tanggungjawab terhadap perintah Tuhan.
  • Prihatin tentang masalah orang lain.
  • Remaja yang mudah terpengaruh.

PLOT:-

  • Permulaan
  1. Sukma tertanya-tanya tentang kehadiran tetamu yang hadir di pintu pagar rumahnya pada jam 6:20 pagi. Ibunya melarang Sukma daripada bertemu dengan mereka. Hal ini menyebabkan Sukma berminat untuk menyiasat misteri itu.
  • Perkembangan
  1. Ibu menuduh Sukma mengalami tekanan perasaan.
  2. Sukma dan Teja berkenalan dengan Erman dan Reny yang akan mengadakan persembahan tarian tradisi Sarawak.
  3. Jerry telah bercerita tentang ruang sepi yang terdapat di kelab WX2.
  4. Reny menjelaskan bahawa dia mengenali Iskandar dan mengetahui Sukma melaluinya.
  5. Sukma telah pergi ke Kelab WX2 untuk menyiasat dan bertemu dengan Iskandar.
  6. Sukma telah berjumpa dengan abang Aim.
  • Klimaks
  1. Kak Ros ingin menemui Sukma untuk mendapatkan maklumat tentang Kelab WX2.
  2. Jerry telah memberikan maklumat kepada pihak polis.
  3. Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu membantu Sukma.
  4. Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan.
  • Peleraian
  1. Ibu Sukma koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan WX2 semasa operasi.

Tragedi 4 Disember…?

TEMA:-

  • Ketabahan dan keberanian remaja dalam menempuh pelbagai masalah kehidupan.
  • Kamarul Azam kehilangan ayah yang disayangi, kemudiannya menjadi mangsa penculikan.
  • Selamat dalam cubaan bunuh dan diselamatkan oleh nelayan Pak Widodo.

PERSOALAN:-

  • Ketabahan dalam menempuh dugaan dan rintangan dalam hidup.
  • Kepatuhan terhadap perintah Allah.
  • Kerjasama ketika menghadapi musibah.
  • Perasaan simpati terhadap orang-orang yang ditimpa kecelakaan.
  • Perasaan kasih sayang dalam institusi kekeluargaan.

Anak Din Biola: Latar Tempat…?

Contoh Soalan:

  • Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel ‘Anak Din Biola’.

Tardapat banyak latar tempat yang diutarakan oleh penulis melalui novelnya iaitu ‘Anak Din Biola’.

Antara latar tempatnya ialah Rumah Bonda. Rumah Bonda menjadi tempat kediaman anak-anak yatim seperti Budiman, Chong dan Chandra.

Selain itu stesen pam minyak juga merupakan latar tempat yang terkandung dalam novel tersebut. Stesen pam minyak itu menjadi tempat Budiman dan rakan-rakannya iaitu Chong dan Chandra bekerja sambilan pada waktu malam bagi membantu Budiman untuk membeli sebuah biola

Manakala latar tempat ketiga ialah rumah Pak Wan Busu. Rumah Pak Wan Busu menjadi tempat Budiman belajar bermain biola. Pak Wan Busu merupakan seorang tua yang buta tetapi pandai bermain biola.

peristiwa menarik anak din biola…?

Contoh soalan:

D. Huraikan peristiwa-peristiwa menarik perhatian anda daripada novel Anak Din Biola.

Contoh Jawapan:-

Peristiwa-peristiwa yang ditonjolkan dalam sesebuah novel mampu menarik perhatian dan minat pembaca untuk menghayati novel itu dengan lebih mendalam.

Melalui novel ini, antara peristiwa yang menarik perhatian saya ialah peristiwa bagaimana rakan-rakan Budiman iaitu Chong dan Chandra sanggup membantu Budiman mengumpulkan wang untuk membeli sebuah biola. Mereka bertiga bekerja sambilan di sebuah stesen pam minyak.

Peristiwa kedua yang menarik perhatian saya ialah peristiwa tertangkapnya Pak Mat Tukang Masak oleh polis dengan bantuan Budiman. Budiman berjaya melarikan diri daripada perangkap Pak Mat dan melaporkan kegiatan jahatnya kepada pihak polis.

Peristiwa ketiga yang juga menarik perhatian saya adalah ketika Budiman gigih berusaha belajar bermain biola dengan Pak Wan Busu, muncul seorang watak perempuan bergelar Datin Siti Norbayu yang sanggup membantu Budiman mencapai cita-citanya. Beliau menyediakan tempat belajar muzik secara percuma kepada Budiman di sekolah muzik ‘Lagu Bayu’nya.

 

Analisis Soalan Novel 2005 – 2010…?

Dari tahun 2005 – 2010, soalan novel adalah seperti berikut:-

  • 2005  – latar masa, latar tempat dan latar masyarakat.
  • 2006  – Perbandingan antara watak utama dengan watak sampingan.
  • 2007  – Contoh peristiwa daripada pengajaran saling membantu.
  • 2008  – Latar tempat.
  • 2009  – Contoh peristiwa daripada persoalan yang diberi.
  • 2010  – Contoh peristiwa daripada nilai yang diberi.

Lestari Bukit Menghijau…?

TEMA:-

  • Kesedaran tentang menjaga kelestarian alam semula jadi akan mendatangkan manfaat yang banyak kepada kehidupan manusia.

PERSOALAN:-

  • Kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
  • Kurangnya kesedaran masyarakat tentang kepentingan tumbuhan kepada manusia.
  • Penyebaran fitnah dalam masyarakat.
  • Manusia dan makhluk lain saling berhubungan.
  • Berfikiran secara rasional.
  • Tidak terburu-buru mempercayai sesuatu cerita.
  • Cintailah alam sekitar.
  • Kepercayaan tentang perkara-perkara tahyul.
  • Kasih sayang seorang ibu.
  • Berazam dan bercita-cita tinggi.