ESEI: MENGEKANG KESESAKAN JALAN RAYA…!

Contoh Soalan:
Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama di negeri kita.

Pendahuluan:
Kesesakan lalu lintas berlaku di bandar-bandar utama di seluruh negara – langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil – cari penyelesaian segera

Isi -isi:

  • memperbanyak kemudahan awam, bas, teksi, LRT dan komuter – pastikan jadual perjalanan pegangkutan awam teratur – memudahkan orang ramai pergi ke sesuatu destinasi tanpa perlu menggunakan kenderaan persendirian
  • menggalakkan masyarakat berkongsi kereta – bertujuan mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya pada satu-satu masa
  • memperlebar jalan raya – menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah – memastikan pergerakan kenderaan lebih lancar – mempercepat perjalanan
  • memperbanyak lebuh raya – jalan alternatif kepada pengguna jalan raya – untuk pergi ke satu tempat tidak perlu tertumpu pada jalan-jalan tertentu sahaja
  • menempatkan lebih banyak polis trafik untuk mengawal keadaan lalu lintas – terutama di simpang-simpang besar atau bulatan jalan raya

Penutup:
Masalah kesesakan lalu lintas perlu diatasi demi kebaikan semua pihak – tidak boleh dipandang ringan

Esei: Punca remaja merokok…!

Pelbagai punca mendorong remaja merokok dan seterusnya menghadapi masalah ketagihan merokok. Antaranya ialah:-

  1. Pengaruh daripada rakan sebaya.
  2. Rasa bosan dengan beban tugas sebagai seorang pelajar.
  3. Meniru amalan ibu bapa yang merokok.
  4. Naluri ingin tahu menyebabkan remaja terdorong mencuba sesuatu yang ditegah.
  5. Rokok boleh dibeli dengan mudah dan boleh dibeli walaupun hanya sebatang – murah.
  6. Penguatkuasaan terhadap penjualan rokok yang longgar.
  7. Remaja bertanggapan bahawa merokok menyebabkan mereka lebih matang dan bergaya.
  8. Pengaruh sekitar dan masyarakat.
  9. Kesedaran betapa rokok membahayakan kesihatan amat rendah dalam kalangan remaja.
  10. Obses meniru idola pujaan atau artis sanjungan.
  11. Ibu bapa yang kurang mengawal tingkah laku anak-anak.
  12. Kegagalan kempen yang dilaksanakan oleh agensi berwajib.

 

Esei: Tanggungjawab Kerajaan Terhadap Kualiti Kesihatan Rakyat….

PENDAHULUAN:-

  • Malaysia merupakan sebuah negara dinamik dan makmur yang menikmati perkembangan ekonomi dan kestabilan politik yang berpanjangan.
  • Secara amnya rakyat Malaysia kini semakin tinggi tahap kesihatan, jangka hayat yang lebih lama, serta lebih produktif.
  • Tahap kesihatan  yang lebih baik membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih produktif, sejahtera dan bahagia.
  • Kerajaan begitu prihatin tentang kualiti kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai prasarana.
  • Namun demikian, pada masa yang sama pihak kerajaan agak bimbang kerana jumlah pesakit dalam kalangan rakyat semakin meningkat.
  • Semakin banyak rakyat terdedah dengan kematian dalam diam akibat penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan darah tinggi.
  • Kementerian Kesihatan melaporkan berlaku peningkatan penyakit diabetes sebanyak 15.2 peratus pada 2011  berbanding 11.6 peratus pada 2006.
  • Masalah tekanan darah tinggi dalam kalangan orang dewasa berusia 30 tahun meningkat  pada tahun yang sama dianalisis.

ISI: TANGGUNGJAWAB KERAJAAN TERHADAP KUALITI KESIHATAN:

  • Kementerian Kesihatan Malaysia {KKM) berusaha menambah baik perkhidmatan kesihatan di setiap negeri:-
  1. latihan berterusan dalam bidang teknikal dan kemahiran insaniah
  2. meningkatkan fasilitis hospital mengikut keperluan semasa
  3. menyediakan peralatan perubatan termoden
  4. menambah tenaga pakar di setiap hospital negeri
  • Klinik 1Malaysia sebagai inisiatif komitmen kerajaan:-
  1. Pembukaan Klinik 1Malaysia di seluruh negara
  2. idea PM ini telah direalisasikan apabila melalui bajet 2010, 50 buah klinik tersebut telah dibuka dengan peruntukan RM10 juta
  3. pesakit hanya perlu membayar RM1 ketika berurusan di klinik ini
  4. mengadakan klinik bergerak 1Malaysia menawarkan rawatan perubatan percuma ke seluruh negara
  • Klinik Pergigian Bergerak 1Malaysia dilancarkan pada Mei 2012
  1. Kerajaan menanggung kos rawatan lebih 95% rawatan asas pergigian

MENULIS PERIBAHASA DALAM ESEI…?

Penulisan esei menjadi menarik dan lebih matang jika seseorang penulis itu menyisipkan kosa kata luas, ungkapan menarik, peribahsa yang sesuai dalam hasil karyanya. Walau bagaimanapun penggunaannya biarlah serasi dan relevan dengan idea-idea yang mahu diutarakan. Cuba kita lihat contoh penggunaan kosa kata luas / frasa menarik dalam ayat di bawah:-

  • Masyarakat mestilah pandai menggunakan cara-cara….
  • Masyarakat mestilah bijak mengaplikasikan pelbagai teknik….
  • Antara perkara yang mempengaruhi sikap remaja…
  • Antara elemen utama yang menjadi dalang kepada perubahan sahsiah dan perwatakan…..

Begitu juga penggunaan peribahasa dalam penulisan, ramai penulis yang gemar menggunakan peribahasa sebagai pengukuh idea, menyokong contoh yang diutarakan. Pada penulis, tidak menjadi masalah selagi penggunaan peribahasa itu sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Cuma penulis ingin mengingatkan bahawa tidak perlu ditulis tanda pengikat kata (“) di awal dan di akhir peribahasa berkenaan. Contoh kesalahan:-

  • Gejala lumba haram oleh anak-anak muda Melayu semakin menular dan fenomena ini bukan hanya berlaku di bandar-bandar besar sahaja, malah di desa-desa pun, kegiatan ini semakin menjadi ikutan seperti kata pepatah Melayu “seperti cendawan tumbuh selepas hujan”.

Esei: Ciri generasi berwawasan…?

TEMA:   GENERASI BERWAWASAN
Tugasan:  Ciri-ciri generasi yang berwawasan

Idea

  • mempunyai semangat patriotik yang tinggi supaya negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain
  • mempunyai daya saing yang tinggi supaya tidak ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain
  • mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang selaras dengan era globalisasi
  • mempunyai kemahiran berkomunikasi yang terserlah dalam pelbagai bahasa
  • mempunyai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
  • patuh akan undang-undang negara agar tidak terlibat dalam perkara negatif
  • mempunyai idea yang kritis, kreatif dan inovasi dalam mereka cipta sesuatu
  • mempunyai keinginan untuk belajar sepanjang hayat supaya ilmu sentiasa bertambah
  • mempunyai minda yang terbuka iaitu bersedia untuk menerima teguran orang lain
  • sentiasa dinamik dan progresif dalam melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan
  • sanggup menghadapi cabaran tanpa mengenal erti putus asa
  • berani melakukan perubahan dari segi sikap agar tidak bersifat jumud
  • mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang
  • mempunyai asas agama yang kukuh dalam diri
  • mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi
  • memiliki semangat dan daya juang yang mantap
  • sentiasa bersaing dan berada di hadapan

Ubah suai daripada Blog Cikgu Azaman 

Esei: Langkah menarik minat membaca karya sastera dalam kalangan masyarakat…?

  • GOLONGAN KARYAWAN
  1. Mereka perlu turun padang menjalankan kempen kepada golongan masyarakat seperti mengadakan ceramah, pameran, diskusi, jualan murah karya sastera.
  2. Mereka perlu mendekati golongan pembaca untuk mengetahui cita rasa dan kecenderungan serta minat agar karya yang dihasilkan itu menepati kehendak masyarakat.
  3. Mereka perlu meningkatkan kualiti karya yang dihasilkan sesuai dengan perkembangan semasa.
  4. Mewujudkan persatuan karyawan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka.
  • PIHAK KERAJAAN
  1. Menguatkuasakan undang-undang hak cipta dengan lebih berkesan agar masalah cetak rompak serta kualiti karya sentiasa terjamin.
  2. Mengecualikan cukai terhadap hasil karya agar harga sesebuah karya lebih murah dan lebih kompetetif.
  3. Mengurangkan harga kertas dan bahan-bahan percetakan.
  4. Melancarkan kempen membaca dalam kalangan masyarakat.
  5. Memperbanyak penubuhan perpustakaan awam terutamanya di luar bandar.
  6. Menyediakan insentif menarik kepada golongan karyawan yang aktif menulis karya sastera.
  7. Mewujudkan kedai buku 1Malaysia yang menjual buku sastera dengan lebih murah.
  8. Menubuhkan outlet karya sastera di semua pejabat kerajaan.
  9. Menggalakkkan kakitangan awam membaca dan membeli karya sastera.
  10. Memperkenalkan skim potongan harga kepada golongan pekerja awam.
  • GOLONGAN PELAJAR
  1. Menggiatkan lagi Program Nilam dalam kalangan pelajar.
  2. Mewajibkan subjek sastera kepada golongan pelajar tertentu.
  3. Kempen kesedaran perlu dilaksanakan di peringkat sekolah.
  4. Memperbanyak karya sastera di perpustakaan sekolah.
  5. Menjadikan karya sastera sebagai bahan kajian kepada pelajar.
  6. Menjadikan sesetengah karya sastera yang sesuai sebagai buku teks sekolah.
  • GOLONGAN MASYARAKAT
  1. Menjadikan hobi membaca karya sastera dalam kehidupan seharian.
  2. Menjadi contoh teladan kepada golongan muda.
  3. Menyediakan peruntukan khusus setiap bulan untuk membeli karya sastera.
  4. Memberikan galakan kepada anak-anak supaya membaca karya sastera yang sesuai di samping minat lain.
  5. Menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup.

SOALAN BM2 SPOT…?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pelajar dan pembaca yang dihormati sekalian….

Belakangan ini pertanyaan yang sering diajukan pembaca sama ada pelajar, guru mahupun ibu bapa adalah tentang soalan-soalan  yang mungkin keluar dalam PMR nanti. Ada sesetengah pertanyaan itu pula diiringi dengan pujuk rayu dan sesetengahnya pula siap dengan harapan yang menggunung tinggi. Alahai, …. sakit kepala Cikgu dibuatnya.

SEBENARNYA, walaupun Cikgu mempunyai pengalaman yang luas dalam hal-ehwal Bahasa Melayu PMR ini, namun kerja-kerja nujum-menujum ini bukanlah baik malah kadang-kadang merugikan. Bayangkan jika soalan atau tajuk yang dijangka keluar, tak muncul tiba, siapa yang mahu dipersalahkan?
Berkenaan dengan tajuk atau soalan yang keluar nanti, pelajar-pelajar bakal calon PMR sekalian janganlah terlalu takut atau risau, kerana semua skop topiknya telah diajarkan guru masing-masing.
CUMA nasihat Cikgu, untuk soalan-soalan karangan, pelajar mestilah menguasai tajuk-tajuk yang berkisar tentang diri pelajar sendiri, seperti tajuk yang berkaitan dengan persekolahan (asrama, kokurikulum, teknik belajar, peranan ibu bapa, disiplin, kantin, sukan dan kesihatan). Tajuk-tajuk yang berkaitan ibu bapa dan pihak sekolah juga seharusnya diberikan perhatian oleh pelajar-pelajar. Contoh soalan atau tajuk karangan yang PATUT dikuasai pelajar ialah:-
  • Bagaimanakah cara mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan pelajar?
  • Peranan ibu bapa/guru/pelajar dalam menangai masalah disiplin pelajar.
  • Faedah menabung kepada pelajar.
  • Kebersihan.
  • Kebaikan koperasi sekolah.
Bagi soalan novel pula, soalan yang keluar pada tahun lepas adalah tentang perwatakan, 2010 – nilai, 2009 – persoalan, 2008 – latar tempat, 2007 – pengajaran, 2006 – watak dan 2005 – latar tempat, masa dan masyarakat.
Pada tahun ini, pelajar-pelajar seharusnya memberikan lebih tumpuan kepada tema serta latar di samping tajuk-tajuk lain.