Esei: Peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik…?

Pendahuluan:-

  • Ibu bapa ialah individu yang paling rapat dengan anak-anak. Mereka menjadi arkitek membentuk peribadi dan sahsiah anak-anak. Anak ibarat kain putih, tangan-tangan ibu bapalah yang akan mencorakkkan warna mengikut kecenderungan mereka. Begitu juga dengan semangat patriotik yang wajib ditanamkan dalam diri anak-anak demi kepentingan bangsa dan negara. Pelbagai peranan yang mampu dimainkan oleh ibu bapa, antaranya:-
  1. Menggunakan segenap masa bersama-sama dengan anak dengan sentiasa menyemaikan semangat patriotik
  2. Ibu bapa memiliki kuasa mutlak terhadap anak-anak. Ibu bapa boleh menentukan bentuk pendidikan yang mahu diterapkan kepada anak-anak.
  3. Ibu bapa sewajarnya menjadi contoh teladan. Peribahasa ada menyebut ‘ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi’
  4. Semangat patriotik boleh diterapkan secara tidak langsung melalui aktiviti keluarga
  5. Ibu bapa sering menceritakan kisah-kisah sejarah berkenaan dengan pejuang-pejuang negara
  6. Ibu bapa menggalakkan anak-anak menonton rancangan televisyen yang berkaitan sejarah negara
  7. Ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah, muzium dan lain-lain
  8. Ibu bapa menggalakkan anak-anak mengikuti program seperti kursus-kursus motivasi, kem-kem jati diri
  9. Ibu bapa memberikan galakan kepada anak-anak agar bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti pasukan pengakap, kadet
  10. Ibu bapa sentiasa membawa anak-anak ke tempat-tempat sambutan seperti Sambutan Kemerdekaan
  11. Ibu bapa seharusnya sentiasa mengingatkan anak-anak tentang pengorbanan dan susah payah generasi terdahulu dalam usaha mencapai kemerdekaan

Penutup:-

  • Semangat patriotik perlu diterapkan ke dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Semangat inilah yang akan memastikan negara kita akan terus aman dan makmur. Ibu bapa sewajarnya menjadi tonggak utama dalam usaha menerapkan semangat tersebut.

Kesan negatif/buruk pemanasan global…?

Pemanasan global ialah keadaan berlakunya peningkatan purata suhu laut dan daratan yang seterusnya akan menyumbang kepada kesan rumah hijau.

Pelbagai kesan negatif/buruk pemanasan global terhadap bumi dan hidupannya, antaranya ialah:-

  • Berlaku peningkatan aras laut secara mendadak: Apabila bongkah ais di Antartika Barat mencair, paras air laut akan meningkat sehingga 10 meter – berlaku bencana banjir di kawasan rendah – menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda.
  • Peningkatan suhu yang melampau di daratan akan menyebabkan tumbuhan mati – binatang dan manusia yang bergantung hidup pada tumbuhan akan mati atau bencana kebuluran akan meningkat.
  • Menjejaskan sistem iklim dan cuaca seluruh dunia: Wujud fenomena cuaca yang luar biasa di kebanyakan tempat sehingga menyebabkan perubahan yang ekstrim dan menjejaskan kehidupan seharian.
  • Pemanasan bumi yang melampau juga boleh mengakibatkan musibah kebakaran hutan yang luas dan mampu menjejaskan spesies hidupan di darat dalam jangka masa panjang.
  • Penularan wabak penyakit juga mudah berlaku kerana perubahan cuaca yang melampau: Golongan kanak-kanak dan warga tua menjadi golongan terbanyak menerima impak buruk daripada pemanasan global – banyak yang maut akibat strok haba atau dehidrasi. 

Kebaikan tidur dari segi saintifik…?

Tidur merupakan fasa rehat secara fitrah kepada setiap benda bernyawa. Pelbagai kebaikan/kemaslahatan/kelebihan tidur dari segi saintifik dalam menjamin kecerdasan seseorang. Antaranya:-

  • Melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan.
  • Mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar.
  • Membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang.
  • Menolong proses penyimpanan maklumat di dalam otak.
  • Dapat memantapkan sistem ketahanan di dalam badan seseorang.
  • Membantu memulihkan pusingan biologi di dalam badan.
  • Dapat menyegarkan tubuh badan, sekali gus dapat meningkatkan produktiviti.
  • Dapat meminimumkan risiko menghidap sakit jantung.
  • Tidur juga merupakan komponen penting bagi memperoleh kesihatan yang baik.

Esei: Faktor berlakunya gejala ponteng sekolah…?

Pendahuluan:

  • Gejala ponteng sekolah semakin berleluasa dan membimbangkan semua pihak.
  • Gejala ini merupakan suatu budaya yang negatif dan amat merugikan.

Faktor -faktor berlakunya gejala ponteng sekolah:-

  • Pelajar tidak berminat untuk belajar – mereka beranggapan bahawa dunia persekolahan amat membosankan.
  • Pengaruh rakan sebaya – tidak bijak memilih kawan.
  • Kurang kesedaran betapa pentingnya pelajaran untuk masa depan.
  • Suasana sekolah yang tidak berjaya menarik minat pelajar.
  • Beban pelajaran yang ditanggung oleh pelajar sangat berat.
  • Pelajar terlalu mementingkan hiburan dan kebebasan.
  • Kurangnya kerjasama antara ibu bapa dengan guru.
  • Ibu bapa dan penjaga yang tidak mengambil berat tentang anak-anak.
  • Pengajaran dan pembelajaran yang membosankan.
  • Pelaksanaan peraturan dan disiplin sekolah yang terlalu ketat dan mengongkong.
  • Persekitaran sekolah yang membantu aktiviti ponteng seperti sekolah di kawasan pusat bandar, sekolah tidak mempunyai pagar yang sesuai, dll.
  • Persekolah yang terlalu mementingkan peperiksaan.
  • Pengaruh negatif media massa’
  • Peningkatan masalah sosial dan penagihan dadah dalam kalangan pelajar.
  • Lemahnya langkah pengawalan oleh pihak sekolah.
  • Anggota masyarakat yang tidak bersungguh-sungguh bekerjasama membanteras gejala ponteng sekolah.
  • Pihak berkuasa tidak bersungguh-sungguh berusaha membasmi gejala ponteng.
  • Hukuman setimpal yang boleh menakutkan pelajar ponteng tiada.

 

 

Tugasan Dalam Cuti…?

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR 3 DELTA DAN 3 GAMMA

1. Anda dikehendaki menulis satu karangan yang panjangnya lebih daripada 250 patah kata tentang tajuk di bawah:-

  • Huraikan tentang kepentingan/kemaslahatan/kebaikan/kelebihan/manfaat penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2. Dengan merujuk Modul Bahasa Melayu Tg. 3, anda diminta menyiapkan latihan pada muka surat 91 – 95. Jawapan hendaklah ditulis dalam modul tersebut.

Tugasan hendaklah DISIAPKAN sebelum 8 Jun 2011. Kelas Bahasa Melayu untuk Program Perkampungan Ilmu akan diadakan pada hari Rabu, 8 Jun 2011,  jam 8.00 – 10.30 malam, bertempat di Dewan Kuliah.

Kebaikan dan keburukan pertanian secara tradisional…?

Kebaikan pertanian secara tradisional:-

  • tidak memerlukan kos dan modal yang besar;
  • tidak memerlukan jentera dan teknologi canggih;
  • hasil pertanian yang bebas daripada pencemaran bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan manusia;
  • mesra alam dan tidak mendatangkan pencemaran terhadap alam sekitar;
  • mewujudkan ikatan yang erat dalam kalangan keluarga.

Keburukan pertanian secara tradisional:-

  • tidak menghasilkan pendapatan yang banyak kepada petani;
  • hasil pertanian yang kurang bermutu;
  • mudah terdedah kepada serangan penyakit dan serangan makhluk perosak;
  • memerlukan jangka masa yang lama kerana menggunakan tenaga manusia dan binatang;
  • menjadikan golongan petani hidup dalam kemiskinan;
  • merosakkan alam sekitar ( pertanian pindah );
  • pergantungan yang besar kepada keadaan cuaca dan persekitaran.

SOALAN PERTENGAHAN TAHUN SBP 2011…?

BAHAGIAN C [ 40 markah ]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis suatu karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

  1. Sewaktu kecil, anda pernah melalui suatu peristiwa yang melucukan yang tidak dapat anda lupakan hingga hari ini. Ceritakan pengalaman anda itu.
  2. Andaikan anda sidang redaksi majalah sekolah anda. Anda telah diminta untuk mewawancara seorang tokoh Ibu Mithali untuk mengetahui rahsia beliau dalam membesarkan dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya. Tulis wawancara anda selengkapnya.
  3. Masalah keracunan makanan di kantin sekolah banyak berlaku dewasa ini. Huraikan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut.
  4. Masyarakat memainkan peranan penting mengelakkan kejadian pecah rumah di kawasan kejiranan mereka. Berikan pendapat anda.
  5. Peribahasa “Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah” penting untuk kestabilan dan keharmonian negara. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini.