Archive for Mei 24, 2009


Sebenarnya kita sering menganggapkan masalah ejaan begitu remeh dan mudah. Hal ini menyebabkan berlakunya kesilapan yang memalukan. Apa tidaknya, cuba kita lihat sekeliling…. pasti banyak yang keliru.

  • Membahayakan / berbahaya diejakan sebagai merbahaya
  • sate diejakan sebagai satay
  • menyasarkan diejakan sebagai mensasarkan
  • menenteramkan diejakan sebagai mententeramkan
  • keriting diejakan sebagai kerinting

Macam mana?

Bersama-sama kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan masa dan kesempatan buat kita bertemu sambil berusaha untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam kesempatan yang tidak bersempadan kini.

Jati diri seseorang diukur tidak pada luaran semata-mata. Sebaliknya faktor dalaman seperti ilmu yang dimiliki, tutur kata yang diucapkan, bahasa yang dituturkan ….. semuanya mewakili diri kita.

Pepatah ada menyebut, bahasa jiwa bangsa. Bahasa melambangkan bangsa. Bangsa melambangkan adat budaya. Hilang bahasa maka hilanglah bangsa dan budayanya.

Pada kesempatan ini, saya mengajak diri saya, saudara-saudari sebangsa dan masyarakat seagama berjuang memperbetul jati diri kita ke arah mendaulatkan bahasa Melayu. Biarlah bahasa Melayu hidup subur di tanah pusaka nenek moyang yang berjasa.

 

Menangis tak berlagu .....

Menangis tak berlagu .....

Telah 51 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Pelbagai kemajuan dan pembangunan sudah kita nikmati. Namun, apabila mengungkapkan isu bahasa, akan timbul pelbagai kemusykilan yang bermain di kotak fikiran. Sudahkah bahasaku diletakkan di singgahsana yang sewajarnya? Atau masihkah terus menjadi bahasa yang layu, malap dan sepi tanpa dipedulikan. Fikirkan……

PPSMI???

Wajarkah PPSMI? Isu PPSMI masih lagi menjadi tanda tanya. Adakah terkubur atau akan ada perubahan untuk penambahbaikan? Bagi pejuang bahasa, PPSMI merupakan duri dalam daging yang telah banyak menggores hati para pencinta bahasa. Kita tunggu dan lihat. Sejauh manakah pihak-pihak berwajib menggunakan kewarasan untuk menyelesaikannya. Ibarat menarik rambut di dalam tepung.