Archive for Mei 25, 2009


Ramai orang suka menggunakan kosa kata yang hebat dalam perbualan mahupun penulisan. Tahniah kerana berusaha untuk memperkaya minda dengan ilmu terkini. Tapi, yang tak seronoknya…. apabila berlaku pula penyalahgunaan dari pelbagai segi. Misalnya … ejaan.

Perkataan menghebahkan boleh digantikan dengan mewara-warakan tetapi ramai pula yang menggunakan kata menguar-uarkan.

  •  Sebenarnya, kedua-dua perkataan itu betul dan boleh ditukargantikan.
  • Yang salahnya jika menguar-uarkan disebut dan dieja sebagai menguar-nguarkan.
  • e-dagang > proses urusan perniagaan
  • e-mel > mesej dll dihantar secara elektronik
  • eskapisme > melarikan diri daripada kenyataan dengan melakukan sesuatu yang tidak baik
  • epigram > sajak pendek yang bernas
  • emigran > orang yang meninggalkan negerinya untuk menetap di tempat lain
  • emansipasi> pembebasan daripada perhambaan
  • elemen > unsur
  • elit > golongan berpengaruh

Yang ini juga perkara yang kerap juga diambil mudah oleh pengguna bahasa. Kerana apa hal ini demikian boleh berlaku? Faktor utamanya ialah kebanyakan pengguna bahasa gagal membezakan kata tersebut sama ada kata ganda atau kata majmuk.

Sebenarnya:-

  • kasih – sayang        sepatutnya kasih sayang
  • jimat-cermat          sepatutnya jimat cermat
  • suami-isteri            sepatutnya suami isteri
  • ibu-bapa                  sepatutnya ibu bapa
  • sampah-sarap       sepatutnya sampah sarap

Kata yang mempunyai tanda sempang ialah kata ganda dan bukannya kata majmuk.

kasih sayang, jimat cermat, suami isteri, ibu bapa, dan sampah sarap bukannya kata ganda.

 

Kasih sayang buat anakku

Kasih sayang buat anakku

Yang ini lagi satu masalah. Banyak sekali kita temukan kesilapan orang ramai ketika menggunakan ‘di dalam’ dan ‘dalam’. Hal ini demikian terjadi kerana ramai orang menganggapkan di dalam / dalam, sama sahaja.

Sebenarnya, di- merupakan kata sendi nama (KSN) yang digunakan untuk menunjukkan tempat ataupun lokasi. Jadi jika di- (KSN) digunakan pada kata yang bukan tempat / lokasi adalah salah.

  • Di dalam mesyuarat itu …..  X     sepatutnya   Dalam mesyuarat itu …….
  • Dia berada di dalam kesedihan kerana …..  X   sepatutnya Dia berada dalam kesedihan kerana ….

Sebetulnya, penggunaan KSN di- untuk menunjukkan tempat atau lokasi:

  • Dia makan di kedai.
  • Azim tinggal dengan keluarganya di P.C.B.

Penggunaan kk atau k semasa mengeja sesuatu kata berkaitan pun menjadi masalah besar kepada seseorang. Kadang-kadang mereka menggunakan ‘Hukum Hentam Kromo’ sahaja. Hal ini demikianlah bahasa Melayu menjadi kalut. Maksud saya bukan bahasanya yang kalut, tapi penggunanya.

Panduan yang mudah ialah:

  • Semua Kata Kerja mestilah menggunakan ‘KK‘  – mendudukkan, menjejakkan, menidakkan, meletakkan, dll.
  • Semua Kata Nama hanyalah menggunakan ‘K’ – kedudukan, peletakan, pelantikan, tindakan, pendudukan dll.

Yang mana satu yang betul?  Sama ada mengehadkan atau menghadkan? …  Ramai atau banyak orang keliru tentang penggunaan imbuhan awalan me-N dan pe-N pada kata yang terdiri daripada satu suku kata.

Semua imbuhan awalan di atas apabila digunakan pada perkataan yang terdiri daripada satu suku kata akan bertukar menjadi menge- dan penge-. Jadi ejaan yang betul ialah mengehadkan.

  • mengekhaskan bukannya mengkhaskan
  • mengebom bukannya mengbom
  • mengepos bukannya mengpos

Dalam bab ini terdapat juga kekecualian:-

  • stor dieja menstor bukannya mengetor
  • brek dieja membrek bukannya mengebrek
  • klip dieja mengklip bukannya mengeklip

    Yang mana satu yang betul? Memperhebatkan atau memperhebat

    • Mudah sahaja! Perkataan yang betul ejaannya ialah ‘memperhebat bukannya memperhebatkan.
    • Hebat ialah kata adjektif dan apabila menerima imbuhan ‘awalan berangkap, imhuhan akhiran tidak diperlukan lagi.
    • memper + kata adjektif (KA) > kan X   – memperdalam
    • diper + dalam > diperdalam  /
    • diper + luas  > diperluasi  X : diperluas /
    • memper + lebar  > memperlebar /