Yang ini lagi satu masalah. Banyak sekali kita temukan kesilapan orang ramai ketika menggunakan ‘di dalam’ dan ‘dalam’. Hal ini demikian terjadi kerana ramai orang menganggapkan di dalam / dalam, sama sahaja.

Sebenarnya, di- merupakan kata sendi nama (KSN) yang digunakan untuk menunjukkan tempat ataupun lokasi. Jadi jika di- (KSN) digunakan pada kata yang bukan tempat / lokasi adalah salah.

  • Di dalam mesyuarat itu …..  X     sepatutnya   Dalam mesyuarat itu …….
  • Dia berada di dalam kesedihan kerana …..  X   sepatutnya Dia berada dalam kesedihan kerana ….

Sebetulnya, penggunaan KSN di- untuk menunjukkan tempat atau lokasi:

  • Dia makan di kedai.
  • Azim tinggal dengan keluarganya di P.C.B.