Yang ini juga perkara yang kerap juga diambil mudah oleh pengguna bahasa. Kerana apa hal ini demikian boleh berlaku? Faktor utamanya ialah kebanyakan pengguna bahasa gagal membezakan kata tersebut sama ada kata ganda atau kata majmuk.

Sebenarnya:-

  • kasih – sayang        sepatutnya kasih sayang
  • jimat-cermat          sepatutnya jimat cermat
  • suami-isteri            sepatutnya suami isteri
  • ibu-bapa                  sepatutnya ibu bapa
  • sampah-sarap       sepatutnya sampah sarap

Kata yang mempunyai tanda sempang ialah kata ganda dan bukannya kata majmuk.

kasih sayang, jimat cermat, suami isteri, ibu bapa, dan sampah sarap bukannya kata ganda.

 

Kasih sayang buat anakku

Kasih sayang buat anakku