Penggunaan kk atau k semasa mengeja sesuatu kata berkaitan pun menjadi masalah besar kepada seseorang. Kadang-kadang mereka menggunakan ‘Hukum Hentam Kromo’ sahaja. Hal ini demikianlah bahasa Melayu menjadi kalut. Maksud saya bukan bahasanya yang kalut, tapi penggunanya.

Panduan yang mudah ialah:

  • Semua Kata Kerja mestilah menggunakan ‘KK‘  – mendudukkan, menjejakkan, menidakkan, meletakkan, dll.
  • Semua Kata Nama hanyalah menggunakan ‘K’ – kedudukan, peletakan, pelantikan, tindakan, pendudukan dll.