Archive for Mei 26, 2009


Penyelesaian masalah ini sebenarnya ada kaitan dengan topik kata ganti nama diri. Setiap kata ganti nama diri yang disingkatkan mestilah disatukan dengan kata lain kerana sudah tidak mantap dan tidak boleh berdiri sendiri lagi. 

Kata ganti nama diri yang boleh disingkatkan ialah:-

  • aku > ku
  • kamu > mu
  • engkau > kau

Apabila disingkatkan:-

  •  aku hadiahkan > kuhadiahkan
  • hadiah kamu > hadiahmu
  • engkau hadir > kauhadir

Satu lagi perkara penting yang perlu diberikan perhatian ialah apabila kata ganti nama diri yang disingkatkan digunakan untuk menggantikan nama Tuhan. Contohnya:-

  • padamu Tuhan > pada-Mu Tuhan
  • kuberserah kepadamu ya Allah > kepada-Mu ya Allah
  • kepadanya kita dikembalikan > kepada-Nya kita dikembalikan

“Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.”

 

 

Masjid Quba'

Masjid Quba’

 

Andainya kelas merupakan medan pertempuran, beberapa perkara wajar diberikan keutamaan, agar kita tidak ditewaskan! Antara perkara tersebut ialah:-

 

  • Persediaan mental
  • Persediaan fizikal
  • Persediaan kelengkapan
  • Persediaan tugasan
  • Persediaan pelajaran

 

300px-Makkah0017[1]

BM1SPM ZON TIMUR

BM2SPM ZON TIMUR

Soalan Zon Timur 2009

Penggunaan kata adjektif dengan kata penguat amatlah berkait. Kata penguat digunakan untuk menunjukkan darjah penghabisan bagi kata adjektif.
Contohnya:

  • sangat baik , baik sungguh, paling baik, agak baik, baik benar …..

Awalan ter- juga dapat berfungsi sebagai darjah penghabisan, contohnya:-

  • terbaik, tercantik, terpanjang, tersohor, terluas ……

Jadi, penggunaan frasa terbaik sekali, terbaik betul, terpanjang benar adalah salah.

Walau bagaimanapun, penggunaan frasa terkenal sekali, terkemuka sekali, terkenang sekali adalah betul kerana kenal, kemuka dan kenang bukannya kata adjektif.

  • Penggunaan awalan ter- pada kata-kata di atas tidak menunjukkan darjah penghabisan.
  • Ringkasnya ‘terkemuka sekali’, ‘terkenal sekali’ dan ‘terkenang sekali’ adalah betul dan gramatis.

Dalam kehidupan seharian kita, rasa-rasanya rangkai kata ‘selain daripada’ kerap digunakan, biasanya dalam ucapan-ucapan, syarahan mahupun bacaan khutbah Jumaat. Betul atau tidak penggunaannya?

Sebenarnya, apabila sudah acap kita disogokkan, setiap hari dan di mana-mana, perkara yang salah pun menjadi betul.

Selain dan daripada atau dari merupakan kata sendi (KSN) dan KSN tidak boleh digunakan berturut-turut dalam ayat.

Contohnya:-

  • Selain daripada beribadat, umat Islam juga diseru agar menjaga hubungan baik sesama manusia.
  • Selain dari Kelantan, Terengganu juga terpilih sebagai tuan rumah bersama.

Ayat-ayat di atas ialah contoh penggunaan KSN yang berturut-turut dan ayat ini adalah salah.

Sepatutnya:-

  • Selain beribadat, umat Islam juga diseru agar menjaga hubungan baik sesama manusia.
  • Selain Kelantan, Terengganu juga terpilih sebagai tuan rumah bersama.

Contoh kesalahan yang lain:-

  • sejak dari
  • oleh kerana
  • demi untuk
  • demi kerana

Penggunaan kata sendi nama (KSN) sebenarnya mudah dan tidak menimbulkan masalah yang banyak. Namun, kadang-kadang timbul juga sedikit kekeliruan. Antaranya penggunaan dengan dan pada.

Perhatikan penggunaan KSN dengan dalam ayat di bawah:-

  • Buku Bahasa Melayu saya itu ada dengan Ali.   X

Penggunaan KSN dengan dalam ayat di atas sebenarnya tidak tepat sama sekali. Ayat yang betul ialah:-

  • Buku Bahasa Melayu saya itu ada pada Ali.  /

KSN dengan hanya digunakan untuk tujuan-tujuan seperti:

  1. menunjukkan alat > Dia memotong kertas itu dengan gunting.
  2. menunjukkan cara > Dia makan dengan gelojoh.
  3. menunjukkan maksud bersama-sama > Ali dengan Abu ke pasar.

Ini lagi satu masalah besar yang belum selesai-selesai lagi. Dek kerana leka atau memang dasar pak turut….. akhirnya wujud lagi penggunaan ejaan yang tidak betul, khususnya bagi kata pinjaman bahasa Arab. Kesalahan ini dilakukan sewenang-wenangnya termasuklah orang bahasa ataupun penulis-penulis tersohor sendiri!!!!

Sebenarnya bunyi lidah Arab dalam perkataan pinjamannya telah dilenyapkan agar lebih menampakkan kemelayuannaya.

  • muhibbah  sepatutnya dieja sebagai muhibah
  • masaalah  sepatutnya dieja sebagai masalah
  • fardhu  sepatutnya dieja sebagai fardu
  • solah  sepatutnya dieja sebagai solat
  • ibadah  sepatutnya dieja sebagai ibadat
  • ugama  sepatutnya dieja sebagai agama
  • ramadhan  sepatutnya dieja sebagai ramadan
  • hajjah  sepatutnya dieja sebagai hajah

sama-sama kita endah bahasa…..

soalan pg 109