Archive for Mei 27, 2009


Latihan Ulang Kaji 5

Sajak Tg.2

Sajak Tg.1

BinaayatKKT

Bahasa Melayu(KSN)

BM pemilihan kata

Adalah dan ialah merupakan kata tugas yang dinamakan kata pemeri. Kegunaannya ialah sebagai menyempurnakan sesuatu ayat.

  • ialah digunakan di depan kata nama (KN)
  1. Saya ialah guru (KN).
  2. Sekolah itu ialah sebuah sekolah kluster (KN).
  • adalah digunakan di depan kata sendi nama (KSN) dan kata adjektif (KA)
  1. Hadiah itu adalah untuk (KSN) adik saya.
  2. Hadiah itu adalah sangat mahal (KA).

JADI ….

Penggunaan adalah merupakan / adalah berdasarkan dalam ayat adalah salah dan tidak menepati hukum bahasa. Merupakan dan berdasarkan merupakan kata kerja (KK), contohnya:-

  1. Kehancuran institusi rumah tangga adalah merupakan punca …..      X
  2. Jawaban / jawapan itu adalah berdasarkan ….. X

Sepatutnya ditulis:-

  1. Kehancuran institusi rumah tangga merupakan punca …..   /
  2. Jawaban / jawapan itu berdasarkan …..  /

Contoh kesalahan yang sama ialah:-

  • adalah merujuk
  • adalah berkuat kuasa
  • adalah meliputi

Setengah-setengah atau sesetengah perkataan walaupun tidak digandakan, telah membawa maksud jamak ataupun lebih daripada satu. Apabila hal ini berlaku, maka adalah tidak betul jika perkataan tersebut diikuti dengan kata ganda yang akan membawa maksud jamak juga. Contohnya:-

  • mesyuarat guru-guru sepatutnya  > mesyuarat guru
  • persatuan bekas-bekas sepatutnya  > persatuan bekas
  • senarai nama-nama sepatutnya  > senarai nama

Begitu juga dengan kata ganda yang membawa maksud jamak dikuti oleh perkataan yang membawa maksud jamak, contohnya:-

  • burung-burung berterbangan sepatutnya > burung-burung terbang
  • monyet-monyet bergayutan sepatutnya  > monyet bergayutan
  • mayat-mayat bergelimpangan sepatutnya > mayat bergelimpangan  

Apabila kita membaca sesuatu artikel, kadang-kadang kita temukan penggunaan imbuhan pinjaman. Sebenarnya banyak imbuhan yang boleh digunakan. Contohnya:-

  • Imbuhan pinjaman bahasa Inggeris [pro, pra, sub, anti, auto …]
  • Imbuhan pinjaman bahasa Arab [-an, -in, -at]
  • Imbuhan pinjaman bahasa Saskerta [dwi, juru, eka, tata ….]

Setiap imbuhan, sama ada imbuhan asli atau pinjaman, penggunaannya mestilah dirapatkan dengan kata dasar, contohnya:-

  • Imbuhan asli > serumah, berumah, memasak ….
  • Imbuhan pinjaman > prokerajaan, antidadah, dwibahasa, prasekolah …..

Awas!

Setiap imbuhan, apabila digunakan pada kata nama khas, imbuhan itu mestilah dipisahkan dengan kata dasarnya melalui tanda sempang (-). Contohnya:-

  • seMalaysia menjadi > se-Malaysia
  • proIran menjadi > pro-Iran
  • antiIsrael menjadi > anti-Israel