Apabila kita membaca sesuatu artikel, kadang-kadang kita temukan penggunaan imbuhan pinjaman. Sebenarnya banyak imbuhan yang boleh digunakan. Contohnya:-

  • Imbuhan pinjaman bahasa Inggeris [pro, pra, sub, anti, auto …]
  • Imbuhan pinjaman bahasa Arab [-an, -in, -at]
  • Imbuhan pinjaman bahasa Saskerta [dwi, juru, eka, tata ….]

Setiap imbuhan, sama ada imbuhan asli atau pinjaman, penggunaannya mestilah dirapatkan dengan kata dasar, contohnya:-

  • Imbuhan asli > serumah, berumah, memasak ….
  • Imbuhan pinjaman > prokerajaan, antidadah, dwibahasa, prasekolah …..

Awas!

Setiap imbuhan, apabila digunakan pada kata nama khas, imbuhan itu mestilah dipisahkan dengan kata dasarnya melalui tanda sempang (-). Contohnya:-

  • seMalaysia menjadi > se-Malaysia
  • proIran menjadi > pro-Iran
  • antiIsrael menjadi > anti-Israel