Archive for Mei 28, 2009


Peninju / petinju ?

Ramai orang keliru dengan penggunaan kata peninju dan petinju. Hal ini berpunca daripada sikap orang kita suka mengikut secara membabi buta. Sebenarnya:-

  • peninju bermaksud penumbuk / orang yang menumbuk
  • petinju bermaksud orang yang berlawan tinju

Contoh penggunaan dalam ayat:-

  1. Sapuk Biki seorang peninju yang hebat.   X
  2. Sapuk Biki seorang petinju yang hebat.  /
  3. Orang itu rebah terkena peninju saya.  /

Ada sekurang-kurangnya 4 makna perkataan ‘basi’, antaranya:-

  1. sudah busuk (makanan)
  2. tidak baru / sudah lama
  3. tidak mustajab ; Ubat itu sudah tidak basi lagi.
  4. lebihan / baki wang, lebihan kain.

Ini satu lagi masalah yang kerap dilakukan oleh orang-orang yang tidak cakna bahasa. Sebenarnya masalah di atas boleh dirungkaikan dengan mudah jika kita memahami bentuk kata majmuk.

Sebenarnya kata majmuk biasanya terdiri daripada 2 patah kata yang sama-sama mempunyai makna tersendiri dan biasanya diejakan secara terpisah. Contohnya,

  • jana bermaksud hidup: menjana = menghidup
  • kuasa bermaksud daya: berkuasa = berdaya

Jadi,

  • jana kuasa  /
  • janakuasa  X

Contoh lain:-

  • kuatkuasa sepatutnya kuat kuasa
  • lebuhraya sepatutnya lebuh raya
  • urusetia sepatutnya urus setia
  • bandaraya sepatutnya bandar raya

Peperiksaan 3

BM2 tengah tahun

BM1tengah tahun

karangan berpandu

BM rumus dan pemahaman 1

BAHASA MELAYU SPM4cakap ajuk

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

BinaayatKKT