Ramai orang keliru dengan penggunaan kata peninju dan petinju. Hal ini berpunca daripada sikap orang kita suka mengikut secara membabi buta. Sebenarnya:-

  • peninju bermaksud penumbuk / orang yang menumbuk
  • petinju bermaksud orang yang berlawan tinju

Contoh penggunaan dalam ayat:-

  1. Sapuk Biki seorang peninju yang hebat.   X
  2. Sapuk Biki seorang petinju yang hebat.  /
  3. Orang itu rebah terkena peninju saya.  /
Advertisements