Archive for Mei 29, 2009


Antara dan di antara …..

Penggunaan kata antara dan di antara dilakukan sewenang-wenangnya, seolah-olah sama sahaja.

Sebenarnya kata antara dan di antara besar beza maknanya:-

  • antara menunjukkan perbandingan
  • di antara menunjukkan kedudukan / tempat

Contoh penggunaan dalam ayat:-

  1. Antara aku dengan dia, yang mana lebih baik.  /
  2. Di antara aku dengan dia, yang mana lebih baik.  X
  3. Aku berdiri di antara dua buah meja.  /
  4. Aku berdiri antara dua buah meja.  X

Antara juga membawa maksud jamak:-

  1. Antara pelajar-pelajar ….  X
  2. Antara pelajar ….  /

 

Mencari-Mu

Mencari-Mu

Tuhan!

Kaupatut dirindui

Kaupatut dicintai dan dikenang

Kaupatut dipuja dan dibesarkan

Kerana kasih sayang-Mu dapat dirasai

Kasih sayang-Mu kepada hamba-Mu

Lebih daripada kasih ibu kepada anaknya.

Tuhan

Betapa tidak

Kebesaran-Mu dapat dilihat

Melalui gunung tersergam gagah

Langit yang luas indah.

Nikmat-Mu melimpah ruah

Tidak kira mukmin atau fajirah.

Di waktu sakit Engkaulah yang menyembuhkan

Di waktu lapar Engkaulah yang memberi makan

Di waktu haus Engkaulah yang memberi minum

Di waktu sesat Engkaulah yang memberi petunjuk.

(Ashaari Muhammad)



Penulis ada membaca satu artikel bertajuk ‘Rombak Subjek Sastera’; Berita Harian 28 Mei dan tertarik oleh pandangan dua orang tokoh akademik iaitu Dr. Awang Azman Awang Pawi serta Dr. Anwar Ridwan.

Mereka berdua memberikan pandangan tentang subjek Sastera yang semakin diketepikan. Semasa melemparkan beberapa permasalahan dan kaedah penyelesaian, Dr. Anwar sempat menyentuh tentang PPSMI. Beliau bimbang PPSMI akan menyebabkan bahasa Melayu semakin terpinggir dalam arus perdana.

Ringkasnya, penulis amat bersetuju dengan pandangan beliau dan sama-sama bimbang kerana:-

  1. Peratus bahasa Melayu yang digunakan di sekolah semakin hari semakin mengecil;
  2. Jika di universiti, penggunaannya mungkin tak sampai 10%;
  3. Penulisan buku ilmiah Sains dalam bahasa Melayu semakin merosot;
  4. Kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan rakyat semakin rendah;
  5. Penulis-penulis Melayu akan semakin lesu;

Akhirnya:-

  • Bahasa Melayu akan layu di tanah airnya sendiri;
  • Bahasa Melayu dianggapkan sebagai bukan bahasa kemajuan/ilmu;
  • Kedaulatan bahasa Melayu musnah oleh pemiliknya bukannya penjajah;

Cara mengatasi:-

  1. Hapuskan atau kaji balik pelaksanaan PPSMI
  2. Atasi kelemahan bahasa Inggeris dengan cara yang betul bukannya melibatkan subjek lain
  3. Tukar kaedah pengajaran bahasa Inggeris yang terlalu menekankan ‘grammar’ sebaliknya lebih kepada komunikasi
  4. Kenapa pengajaran Bahasa Inggeris bermula dari sekolah rendah sehingga menengah atas pun, murid gagal berkomunikasi?
  5. Kenapakah kursus bahasa Inggeris yang disediakan di UITM untuk pelajar ke luar negara berjaya walaupun dalam jangka masa 3 bulan sahaja? 
  • membului maksudnya mencabut bulu
  1. Emak sedang membului ayam di dapur.
  • menguliti maksudnya membuang kulit, mengadakan kulit.
  1. Emak sedang menguliti bawang.
  2. Abang sedang menguliti buku yang baru dibelinya.

Bagaimana? Pening kepala dibuatnya. Kebanyakan kita sering disogokkan dengan ejaan yang salah setiap masa. Lihat saja penggunaan kata lagenda, sama ada sebagai tajuk lagu dan lirik, tajuk … yang terbentang di kain rentang, dan entah di mana-mana lagi.

Sebenarnya, kata lagenda itu salah ejaannya. Sepatutnya kita ejakan dengan legenda, baru betul. Tak percaya, rujuklah Kamus Dewan Edisi ke-4!!!

Kaulah lagenda    ♥…… sedap lagu tu, tapi salah !

Ini satu lagi masalah yang berkaitan dengan kata kerja transitif (KKT). 

Ingat, semua kata kerja (KK) yang menggunakan imbuhan apitan me-kan dan me-i merupakan KKT. Jadi selepas KKT ialah objek. Cuma dalam hal ini, kita kena kenal pasti jenis objek itu sama ada objek benda atau objek manusia.

  • me- kan ——-> objek benda
  1. Ali menghadiahkan sebuah buku kepada adiknya.
  • me- i ———-> objek manusia
  1. Ali menghadiahi adiknya sebuah buku.

Frasa menyediakan banyak peluang sebenarnya salah. Sepatutnya kita tukar menjadi:-

  1. menyediakan peluang yang banyak atau;
  2. banyak menyediakan peluang.

Hal ini demikian kerana ‘menyediakan’ ialah kata kerja transitif (KKT) yang selepas KKT mesti diikuti oleh objek (KN). Perkara ini telah saya sentuh dalam bahagian terdahulu.

  • menyediakan > KKT
  • peluang  > objek (KN)
  • banyak  > kata adjektif (KA)
  • KKT ————> Objek (KN)

Contoh kesalahan yang sama;-

  1. menceritakan semula kisah itu…
  2. menerima sedikit bantuan…
  3. menggenggam erat tangan ibu…
  4. menasihati akan anaknya…