Archive for Jun 2, 2009


Kata majmuk ialah gabungan kata (biasanya 2) yang menghasilkan makna tersendiri. Contoh kata kapal dan terbang digabung, menghasilkan kata majmuk yang bermaksud sejenis pengangkutan udara.

  • Biasanya kata majmuk ditulis terpisah, contohnya;-
  1. mata pelajaran, alat tulis, meja makan, ketua pelajar, guru besar
  • Tetapi ada juga segelintir kata majmuk yang ditulis bercantum, contoh;-
  1. jawatankuasa, tanggungjawab, antarabangsa, setiausaha, warganegara, kakitangan, kerjasama, tandatangan, sukarela, matahari, suruhanjaya, beritahu, bumiputera, pesuruhjaya;
  • Kata majmuk terpisah jika digandakan;-
  1. mata pelajaran  > mata-mata pelajaran
  2. alat tulis  > alat-alat tulis
  3. meja makan  > meja-meja makan
  4. guru besar  > guru-guru besar
  • Kata majmuk bercantum jika digandakan;-
  1. jawatankuasa  > jawatankuasa-jawatankuasa
  2. tanggungjawab  > tanggungjawab-tanggungjawab
  3. antarabangsa  > antarabangsa-antarabangsa
  4. setiausaha  > setiausaha-setiausaha …..

Kes seperti di atas kerap diajukan murid kepada penulis. Rasanya sudah berbuih-buih mulut penulis menjelaskannya. Tapi tak apa, sekali lagi dijelaskan di bawah:-

  • Yang betul ejaannya ialah “memperoleh”
  1. diperoleh bukannya diperolehi
  2. beroleh bukannya berolehi

Meringkas merupakan soalan A(i) dalam kertas 2 PMR. Markah penuhnya 20 dan panjang ringkasan tidak lebih daripada 80 patah kata.

Contoh soalan:

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat ringkasan tentang langkah-langkah mengurangkan kes kemalangan jalan raya. Panjang ringkasan anda mestilah tidak melebihi 80 patah kata.

Format penulisannya:

Pendahuluan:

  • Pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya.

Isi-isi: (Langkah-langkah)

  • 7 isi (cadangan)
  • Isi hendaklah mengikut susunan asal dalam petikan
  • Kandungan isi jangan diubah
  • Jangan masukkan contoh / hurain lanjut isi
  • Gunakan penanda wacana setiap kali memulakan ayat isi.

Contoh Penanda Wacana:-

  1. antaranya
  2. selain itu
  3. seterusnya
  4. di samping itu
  5. langkah kelima
  6. langkah keenam
  7. akhirnya

Ringkasan anda akan terdiri daripada 8 ayat: 1 ayat pendahuluan dan 7 ayat isi. Setiap satu ayat biasanya mengandungi 8 – 10 patah kata.

Jadi, 8 X 10 = 80 patah kata.

Tak perlu pening kepala untuk menjawab soalan...!

Tak perlu pening kepala untuk menjawab soalan...!

Mudahkan…….