Archive for Jun 3, 2009


Ramai orang keliru tentang istilah ‘Jenis Ayat, Ragam Ayat dan Binaan Ayat.’ Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa istilah-istilah itu sama sahaja.

Sebenarnya, semua istilah yang dimaksudkan itu digunakan mengikut ciri tertentu:-

  • Jenis Ayat:-
  1. Ayat penyata
  2. Ayat tanya
  3. Ayat seru
  4. Ayat perintah
  • Ragam Ayat:-
  1. Ayat aktif
  2. Ayat Pasif
  • Binaan Ayat:-
  1. Ayat dasar
  2. Ayat tunggal
  3. Ayat majmuk

Terdapat pelbagai jenis kata adjektif dalam bahasa Melayu. Yang kita hendak bincangkan kali ini ialah kata adjektif emotif.

Kata adjektif emotif (KAe) ialah kata adjektif yang berkaitan dengan perasaan seperti suka, sayang, benci, marah, cinta, muak, jemu dan lain-lain.

INGAT!!!

  • Selepas KAe, kata sendi nama yang sepatut digunakan ialah ‘akan’
  • KAe + akan, contoh:-
  1. Saya cinta akan kamu dengan sepenuh hatiku.
  2. Dia amat sayang akan kucingnya.

SALAH jika:-

  1. Saya cintakan kamu dengan sepenuh hatiku.
  2. Dia amat sayangkan kucingnya.