Archive for Jun 4, 2009


Minima / minimum?

Bab ini masih ada yang keliru. Sebetulnya

  • minima  > minimum
  • optima  > optimum
  • maksima  > maksimum

Biasa benar kita menemukan penggunaan rangkai kata berkenaan sama ada dalam majlis-majlis rasmi atau bahagian prakata dalam sesebuah buku.

Jika kita berpendapat bahasa Melayu itu mudah, hal ini demikianlah jadinya. SEBENARNYA rangkai kata yang betul ialah:-

  • kata alu-aluan / ucapan alu-aluan

Ini cerita tentang ‘pun’ pula. Mudah jika kita faham dan tahu bagaimana menggunakannya. Tapi …. jika tidak …

  • Pun yang terdapat dalam kata hubung, hendaklah disatukan, contohnya:-
  1. walaupun, sungguhpun, ataupun, biarpun, sekalipun, bagaimanapun, kendatipun
  • Pun yang membawa maksud ‘juga’ hendaklah dipisahkan, contohnya:-
  1. Saya pun, mereka pun, kacang pun, Ali pun, …..

Semua kata di atas tergolong dalam kata majmuk. Untuk makluman juga, semua kata tersebut dieja secara salah.

SEBETULNYA:-

  • temubual  >  temu bual
  • temuduga  > temu duga
  • temujanji  > temu janji
  • temuramah  > temu ramah

Perhatikan penggunaannya:-

  • Berbagai-bagai makanan terhidang di atas meja itu.   /
  • Berbagai makanan terhidang di atas meja itu. X
  • Pelbagai makanan terhidang di atas meja itu.  /
  1. Berbagai-bagai / pelbagai sama saja maksudnya.

Penulis amat teruja apabila melihat PM baru kita berucap dalam bahasa Melayu di Universiti China semasa lawatan beliau ke sana. Penulis juga bangga kerana bahasa Melayu diajar di universiti tersebut dan seramai 60 orang penuntut China sedang mempelajarinya.

Tapi sayang, di negara kita ‘orang besar’ lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris. Lihat sahaja di kaca tv…. majlis yang majoriti dihadiri orang kampung pun, masih nak berucap dalam bahasa penjajah!

Malang sungguh …….