Untuk mengetahui betul atau salah frasa di atas, kita perlulah memahami tugas kata ganda.
Kata ganda biasanya dibahagikan kepada 4 golongan:-
- kata ganda penuh [murid-murid, bola-bola, ular-ular …]
- kata ganda separa [lelaki, sesiku, tetupai ….]
- kata ganda irama [kuih-muih, kayu-kayan, lauk-pauk ….]
- kata ganda menyaling/saling [bantu-membantu, tolong-menolong….]
JADI penggunaan frasa di atas adalah salah kerana berlaku pengulangan maksud; iaitu maksud saling dan kata ganda menyaling.
SEPATUTNYA:-
- saling membantu / bantu-membantu
- Kita hendaklah bantu-membantu semasa melakukan sesuatu kerja.
- Kita hendaklah saling membantu semasa melakukan sesuatu kerja.
SALAH jika:-
- Kita hendaklah saling bantu-membantu semasa melakukan sesuatu kerja.
- Mereka saling tolak-menolak ketika masuk melalui pintu pagar itu.
- Sebagai kawan kita hendaklah saling tegur-menegur.