Archive for Jun 8, 2009


Cuba kita buat sedikit semakan:-

  • atur jadual bukannya aturjadual?
  • atur kerusi bukannya aturkerusi?
  • atur majlis bukannya aturmajlis?
  • atur kasut bukannya aturkasut?

JADI atur caralah yang BETUL. Ingat tak ‘kata majmuk’, kebanyakan kata majmuk dieja terpisah!

Pada 6 Jun 2009, 8.30 – 10.30 pagi berlangsungnya sesi ceramah BM PMR di SMK. Abdul Samad, Pulai Chondong.

Secara peribadi penulis kagum melihatkan komitmen yang dipamerkan oleh guru BM di sana. Tidak kurang daripada 5 orang guru BM yang ada bersama-sama pelajar mengikuti ceramah penulis.

Kepada semua pelajar, tahniah kerana masing-masing menonjolkan sikap ingin tahu yang tinggi dan sentiasa berminat. Walaupun penulis agak keletihan pada pagi tersebut, tetapi apabila melihatkan wajah-wajah berseri pelajar yang dahagakan ilmu, ….. rasa letih longlai hilang entah ke mana.

Semoga berjaya guru-guru dan pelajar SMK Abdul Samad.

Pada 8 Jun 2009, pukul 8.45 – 10.45 malam, bertempat di dewan Kem Putra telah berlangsungnya program ceramah BM PMR, SMK. Tg. Mas yang dikendalikan penulis.

Walaupun agak panas dewannya, sedikit gangguan sistem pembesar suara, penulis tetap berasa bangga dan seronok melihat kesungguhan anak-anak pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Terima kasih juga buat Cikgu Najib, para urus setia dan Tuan Pengetua yang turut sama menjayakan program.

Semoga SMK. Tg. Mas akan mencapai kejayaan gemilang dalam PMR 2009 nanti. Insya-Allah.

  • 2002 : Tema dan persoalan (Novel Tg.1/2/3)
  • 2003 : Watak dan perwatakan (watak utama) (Novel Tg. 1/2/3)
  • 2004 : Nilai; kerjasama, bertanggungjawab, kegigihan (Novel Tg.1/2/3)
  • 2005 : Latar; masa, tempat dan masyarakat (Novel Tg.1/2/3)
  • 2006 : 3 perbandingan watak utama dan sampingan (Novel Tg.3)
  • 2007 : Pengajaran ‘kita wajar tolong-menolong’ (Novel Tg.2 & 3)
  • 2008 : 3 latar tempat (Novel Tg. 3)
  • 2009 : Persoalan novel Tg. 2:
  1. Pahlawan Pasir Salak > Persoalan kebijaksanaan seorang pemimpin
  2. Tragedi 4 Disember > Kasih sayang antara ahli keluarga
  3. Timulak Kapal Perang > Kegigihan menentang penjajah Inggeris
  4. Kapten Hassan Wira Bangsa > Tanggungjawab mempertahankan maruah negara

Berdasarkan satu daripada novel di atas, berikan 3 contoh peristiwa yang dapat menggambarkan persoalan yang dinyatakan.