Banyak orang menggunakan kata ‘jarang’ atau ‘jarang-jarang’ sebagai sama sahaja. Kerana itulah akan berlakunya penggunaan bahasa yang salah.

SEBENARNYA dua patah kata di atas amat berbeza dari segi makna dan penggunaannya, lihat keterangan di bawah;-

  • jarang maksudnya  > tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak padat ..
  1. Gigi orang itu semakin jarang.
  2. Dia suka memakai kain yang jarang.
  3. Lelaki itu berambut jarang.
  4. Pasangan itu berusaha menjarangkan kelahiran anak.
  • jarang-jarang maksudnya  > tidak kerap, tidak sering, tidak acap …
  1. Jarang-jarang terjadi kemalangan seperti itu.
  2. Abang jarang-jarang balik bercuti sejak akhir-akhir ini.

JADI amatlah lucu kalau ayat ditulis begini:-

  1. Dia jarang pergi ke masjid.
  2. Bini Ali suka memakai kain yang  jarang-jarang.
Advertisements