Sekarang musim cuti sekolah, seperti biasa ketika ini banyak majlis kenduri kahwin diadakan. Sudah berapa kad jemputan / undangan yang diterima?

SEBENARNYA bagi masyarakat umum penggunaan istilah kad jemputan atau kad undangan tidak menjadi masalah besar. Yang penting mereka faham.

Bagi pelajar, masalah ini besar dan tidak boleh dikompromi. Yang sebetulnya ….

KAD UNDANGAN BUKANNYA KAD JEMPUTAN

Penatlah nanti keluarga pengantin ke hulu dan ke hilir pergi menjemput tetamu jika mereka guna istilah ‘kad jemputan’ (maksud jemput ialah pergi ambil). he. he ….