• sebagai kata ganti nama diri ketiga;-
  1. Selalulah mendengar nasihat orang.
  • sebagai penjodoh bilangan;-
  1. Lima orang pelajar telah terpilih mewakili sekolah.
  • sebagai maksud jamak;-
  1. Orang-orang dari pulau itu bersetuju untuk pindah ke petempatan baru.
  • sebagai maksud patung, boneka;-
  1. Pesawah itu memasang orang-orang untuk menakut-nakutkan burung.
  2. Petani itu sedang memakaikan baju untuk orang-orangan yang baru disiapkannya.

Daripada kata ‘orang’ juga dapat dibina kata majmuk, misalnya ‘orang tengah’, ‘orang awam’, ‘orang besar‘, ‘orang kebanyakan’, dan lain-lain.