Archive for Jun 10, 2009


Maksudnya:-

  • gamam bermaksud    > tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut,                                                              gelabah;
  • gamang bermaksud   > takut melihat ke bawah dari tempat tinggi;
  • gayat bermaksud   > takut melihat ke bawah dari tempat tinggi;
  • gamak bermaksud   > agak, sangka;
  • tergamak bermaksud   > sampai hati, sanggup;

Sekadar memetik kata-kata bekas PM kita yang terkandung dalam Utusan Malaysia, muka surat 7, 9 Jun:-

  • “Saya bimbang jika mereka menolaknya (cadangan tersebut), negara ini akan hancur.”
  • Saya kecewa sekiranya kerajaan memutuskan untuk menggunakan semula bahasa Malaysia. (Isu PPSMI)
  • “Jika itulah jadinya, pada masa depan semua orang Melayu dan rakyat Malaysia akan jadi bodoh.”

Fikir, fikirkanlah ……

Sedikit masa dulu kita dihidangkan dengan siri drama keluarga yang menarik iaitu ‘Mertua Vs Menantu’ lakonan pelakon tersohor Erra Fazira. Dari segi penceritaan dan lakonan memang boleh dipuji. Tapi, yang penulis nak perkatakan di sini ialah penggunaan kata ‘mertua’, sama ada betul atau salah?

Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, ;-

  • mentua membawa maksud   > ibu atau bapa kepada isteri atau suami

Contoh ayat:-

  1. Ibu mentua saya telah meninggal dunia kerana penyakit kencing manis.
  2. Dia bermentuakan orang yang warak.
  • mertua ialah kata Indonesia yang juga membawa maksud yang sama

RINGKASNYA, perkataan ‘Mertua’ dalam tajuk drama tersebut sepatutnya ditukarkan kepada ‘Mentua’, barulah lebih tepat!

Dua kata nama terbitan di atas merupakan hasil proses pengimbuhan kata dasar ‘langgar’, iaitu per- an dan pe-an. Kedua-dua kata di atas walaupun berasal daripada kata dasar yang sama, mempunyai makna dan penggunaan yang berbeza. Lihat di bawah;-

  • Perlanggaran bermaksud   > perihal kejadian berlanggar (kemalangan)

Contoh ayat:-

  1. Perlanggaran kereta dengan lori itu menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya yang teruk.
  2. Motosikal iti terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta.
  • Pelanggaran bermaksud > perihal melanggar (menyerang, menyerbu) dan menentang atau tidak mematuhi;

Contoh ayat:-

  1. Pelanggaran Israel ke atas Pelestin mendapat sokongan Amerika. (menyerang)
  2. Dewasa ini pelanggaran hukum Tuhan berlaku sewenang-wenangnya. (menentang / tidak mematuhi)

AWAS! Ayat ini akan menjadi SALAH jika;-

  1. Pelanggaran antara kereta dengan lori itu ….
  2. Perlanggaran disiplin sekolah oleh pelajar …

Biasanya kata ciplak yang kita sering temukan dalam kehidupan kita seharian. Maksud kata ciplak ialah meniru atau mengutip karangan orang lain tanpa izin.

Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, jiplak iaitu kata Jawa juga membawa maksud yang sama dengan ciplak, ringkasnya:-

  • Jiplak / ciplak bermaksud  > meniru atau mengutip atau mencuri karangan orang lain tanpa izin;

Contoh ayat:-

  1. Pelajar diingatkan bahawa penulisan ciplak tidak diterima.
  2. Penulis yang gemar menjiplak hasil karya penulis lain sebenarnya seorang pencuri.
  3. Penjiplak hasil karya itu dipulau oleh ahli persatuan.
  4. Ramai pelajar menciplak karya seseorang kerana malas membuat penyelidikan sendiri.