Dua kata nama terbitan di atas merupakan hasil proses pengimbuhan kata dasar ‘langgar’, iaitu per- an dan pe-an. Kedua-dua kata di atas walaupun berasal daripada kata dasar yang sama, mempunyai makna dan penggunaan yang berbeza. Lihat di bawah;-

  • Perlanggaran bermaksud   > perihal kejadian berlanggar (kemalangan)

Contoh ayat:-

  1. Perlanggaran kereta dengan lori itu menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya yang teruk.
  2. Motosikal iti terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta.
  • Pelanggaran bermaksud > perihal melanggar (menyerang, menyerbu) dan menentang atau tidak mematuhi;

Contoh ayat:-

  1. Pelanggaran Israel ke atas Pelestin mendapat sokongan Amerika. (menyerang)
  2. Dewasa ini pelanggaran hukum Tuhan berlaku sewenang-wenangnya. (menentang / tidak mematuhi)

AWAS! Ayat ini akan menjadi SALAH jika;-

  1. Pelanggaran antara kereta dengan lori itu ….
  2. Perlanggaran disiplin sekolah oleh pelajar …
Advertisements