Archive for Jun 11, 2009


Maksud kata berkenaan:-

  • premis > bangunan / tempat menguruskan perniagaan
  • prejudis > perasaan syak wasangka yang tidak berasas (kaum, agama ..)
  • primer > yang terpenting / utama
  • primitif > kolot, zaman purba,kuno

Setengah dan sesetengah atau setengah-setengah merupakan kata bilangan, iaitu:-

  • setengah > kata bilangan pecahan (separuh) / (1/2)
  • sesetengah / setengah-setengah > kata bilangan tak tentu (jamak)

Contoh ayat:-

  1. Setengah daripada hartanya telah didermakan kepada tabung anak yatim.
  2. Dia telah membelanjakan setengah daripada wang gajinya.
  3. Sesetengah pelajar gemar mengulang kaji pelajaran pada saat-saat akhir.
  4. Setengah-setengah pendapat yang dikemukakan itu tidak dapat diterima kerana berbaur perkauman.

Maka SALAH jika:-

  1. Setengah pelajar hanya tahu menyusahkan ibu bapa sahaja.
  2. Dia telah menghabiskan sesetengah daripada kek itu.