Archive for Jun 12, 2009


Maksudnya ialah;-

  • mantan > bekas (pencen)..
  1. Ayahnya seorang mantan pengetua sekolah.
  • marcapada > pada masa sekarang..
  1. Iman boleh menjadi benteng melawan gejala negatif marcapada ini.
  • marhaen > rakyat biasa / jelata, golongan bawahan ..
  1. Pemimpin besar negara tidak harus melupakan kebajikan golongan marhaen.

Kini ramai pengguna bahasa sama ada pelajar sekolah atau orang awam gemar menggunakan bahasa yang agak bombastik ketika menulis. Hal ini termasuklah dari segi pemilihan katanya. Apabila diteliti, kadang-kadang penggunaannya agak janggal dan tidak bersesuaian. Contohnya;-

  • ampuh > bermaksud sakti, mujarab, bertuah…
  • keampuhan > bermaksud kesaktian,kemujaraban …

TETAPI ramai orang menggunakan kata ‘ampuh’ sebagai kuat, mantap, dan stabil. Lihat contoh ayat di bawah;-

  1. Remaja yang mempunyai jati diri yang tinggi amat ampuh menongkah pengaruh budaya negatif.
  2. Pendidikan agama menjadi benteng yang ampuh dalam menghadapi cabaran dunia masa kini.

SEPATUTNYA kata ‘ampuh’ dalam ayat-ayat di atas lebih tepat jika digantikan dengan kata ‘mapan’ yang membawa maksud mantap, tidak berubah-ubah, tidak goyah, teguh dan …

Kata Jawa ini bermaksud:-

  • turut berdukacita, menyatakan ucapan sedih / takziah

Contoh ayat:-

  1. Ia banyak menerima surat belasungkawa atas kematian bapanya itu.

Kata tonggak dan tunggak sering digunakan, tapi kadang-kadang penggunaannya tidak kena pada tempatnya. Maksud kata tersebut ialah:-

  • tonggak > asas, tulang belakang, dasar

Contoh ayat:-

  1. Setelah kematian ayah, Ali sebagai anak sulung kini menjadi tonggak keluarga.
  2. Kerajinan dan usaha tanpa jemu merupakan tonggak kejayaan.
  • tunggak > tertunda (bayaran, hutang), lewat dijelaskan …

Contoh ayat:-

  1. Bil-bil elektrik dan air sudah lama tertunggak.
  2. Dia terpaksa menjelaskan tunggakan yuran persekolahan sebelum dibenarkan mengambil keputusan SPM.

JADI, SALAH jika begini:-

  1. Sewa rumah yang tertonggak itu berjumlah hampir RM1000.00.
  2. Perpaduan dan toleransi menjadi tunggak keamanan negara kita.