Archive for Jun 13, 2009


Selamat Kembali ke sekolah

Setelah hampir 2 minggu bercuti, kini sekolah akan memulakan sesi persekolahan penggal 2 pada 14 atau 15 Jun 2009. Selamat bertugas buat guru-guru dan selamat mencari ilmu buat pelajar-pelajar yang dikasihi.

Kepada pelajar-pelajar UPSR, PMR, SPM dan STPM …. peperiksaan semakin dekat, ingat : “bertangguh itu pencuri masa.”

Maksud kata-kata di atas ialah:-

  • takrif > huraian ringkas tentang sesuatu / maksud, definisi…
  • taksir > kira, hitung, jumlah…
  • tafsir > penjelasan tentang terjemahan (al-Quran), maksud mimpi …
  • tamsil > misalan, persamaan, contoh, umpama, …

Maksud kata berasal dari Arab ini ialah:-

  • jauhar > permata, intan
  • jauhari > tukang / saudagar permata, ahli dalam bidang batu permata

Contoh penggunaan dalam peribahasa:-

“Hanya jauhari yang mengenal manikam” bermaksud hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui keelokan ilmu.

Perkataan ganggang telefon kerap kita temukan. Tapi BETULkah penggunaannya itu? Mari kita lihat maksudnya;-

  • ganggang > berdiang, celah, bahagian tidak rapat, renggang …
  • gagang > tangkai (bunga, gayung ..), hulu (keris, tombak), pemegang telefon …

Jadi BETULkah ayat di bawah?;-

  1. Sambil menjerit dia menghempaskan ganggang telefon ke lantai.
  2. Emak sedang mengelapkan ganggang telefon itu.

SEPATUTNYA ‘ganggang‘ dalam ayat-ayat di atas digantikan dengan kata ‘gagang’.