Archive for Jun 14, 2009


Kata ‘kuat kuasa’ merupakan kata majmuk yang dieja terpisah. Namun kata tersebut akan berubah bentuk apabila digunakan bersama-sama imbuhan.

  • Imbuhan awalan ber-, peng-, meng-
  1. kuat kuasa > berkuat kuasa, penguat kuasa, menguat kuasa
  • Imbuhan apitan pe-an, me-kan, di-kan
  1. kuat kuasa > penguatkuasaan, menguatkuasakan, dikuatkuasakan

RINGKASNYA, mana-mana kata majmuk terpisah apabila menerima imbuhan apitan akan tergabung dengan sendirinya.

Contoh kata majmuk lain:-

  • anak tiri   > menganaktirikan, dianaktirikan
  • tong sampah   > mengetongsampahkan, ditongsampahkan
  • ibu bapa   > keibubapaan
  • sama rata   > kesamarataan, menyamaratakan, disamaratakan

Pelakon terkenal Erra Fazira berjaya mendokong watak seorang menantu yang lurus bendul dalam slot drama ‘Mentua Vs Menantu.’ Penulis sebenarnya tidak mahu membuat ulasan tentang drama tersebut. Sekadar untuk memberikan pendapat tentang penggunaan perkataan ‘mendokong’ di atas sahaja. Kata ‘mendokong’ kerap dipakai orang, hatta penulis tersohor!

SEBENARNYA kata ‘mendokong’ tiada dalam Kamus Dewan, dokong … tu ada! Tapi maksud dokong ialah sejenis tumbuhan berbuah yang buahnya seakan-akan buah langsat. Jadi apakah maksud kata ‘mendokong’?

RINGKASNYA kata ‘mendokong’ dalam ayat di atas itu SEPATUTNYA digantikan dengan kata ‘mendukung’, barulah betul dan gramatis penggunaannya.

  • mendukung membawa maksud   > membawa, memikul, menyokong, menjayakan, membantu bersama-sama …

Contoh ayat:-

  1. Walaupun baru dalam bidang lakonan, namun dia dapat mendukung watak yang diberikan dengan baik.
  2. Emak mendukung adik sambil menanak nasi.
  3. Bahawasanya negara kita mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam masyarakat.
Baik-baik dukung adik tu, nanti jatuh dalam banjir!

Baik-baik dukung adik tu, nanti jatuh dalam banjir!

  • Pengaruh / tekanan rakan sebaya
  • Kurangnya bimbingan (agama) daripada keluarga
  • Kekurangan perhatian
  • Pornografi
  • Penyalahgunaan dadah
  • Jenayah
  • Jurang perbezaan generasi
  • Rendah keyakinan diri

Menurut penyelidik Universiti Ioannina dalam International Journal of Clinical Practice, mengatakan bahawa seseorang yang banyak mengambil minuman ringan setiap hari ( 2 – 10 liter sehari) akan menyebabkan:-

  • masalah otot
  • degupan jantung yang tidak normal
  • masalah ‘hypokalaemia’ iaitu penurunan paras potasium dalam darah yang boleh menyebabkan lumpuh
  • lemah badan dan seterus malas belajar

Doa-doa untuk pelajar:-

  • Doa memohon rahmat, Surah Ali-Imran, ayat 8-9
  • Doa memohon bijak belajar, Surah Al-Anbiya, ayat 79
  • Doa memohon lembut hati, Surah Al-Anbiya, ayat 22-24
  • Doa memohon rajin belajar, Surah Taha, ayat 1-5

Perkataan ini selalu kita temukan apabila kita meneliti sesuatu kertas jadual program atau jadual aktiviti kursus. Pada mulanya mungkin kita tergaru-garu kepala yang tidak gatal, apakah makna kata ‘kudapan’ ini?

  • kudapan bermakna makanan ringan, yang tidak mengenyangkan, makanan ringan yang dimakan sekadar untuk mengalaskan perut dalam sesuatu majlis.
  • kudapan juga membawa maksud makan antara sarapan dengan waktu makan tengah hari, selepas makan malam.