Pelakon terkenal Erra Fazira berjaya mendokong watak seorang menantu yang lurus bendul dalam slot drama ‘Mentua Vs Menantu.’ Penulis sebenarnya tidak mahu membuat ulasan tentang drama tersebut. Sekadar untuk memberikan pendapat tentang penggunaan perkataan ‘mendokong’ di atas sahaja. Kata ‘mendokong’ kerap dipakai orang, hatta penulis tersohor!

SEBENARNYA kata ‘mendokong’ tiada dalam Kamus Dewan, dokong … tu ada! Tapi maksud dokong ialah sejenis tumbuhan berbuah yang buahnya seakan-akan buah langsat. Jadi apakah maksud kata ‘mendokong’?

RINGKASNYA kata ‘mendokong’ dalam ayat di atas itu SEPATUTNYA digantikan dengan kata ‘mendukung’, barulah betul dan gramatis penggunaannya.

  • mendukung membawa maksud   > membawa, memikul, menyokong, menjayakan, membantu bersama-sama …

Contoh ayat:-

  1. Walaupun baru dalam bidang lakonan, namun dia dapat mendukung watak yang diberikan dengan baik.
  2. Emak mendukung adik sambil menanak nasi.
  3. Bahawasanya negara kita mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam masyarakat.
Baik-baik dukung adik tu, nanti jatuh dalam banjir!

Baik-baik dukung adik tu, nanti jatuh dalam banjir!

Advertisements