Penulis bersama-sama guru SMSTMFP dalam Majlis Sambutan Hari Guru

Penulis bersama-sama guru SMSTMFP dalam Majlis Sambutan Hari Guru

Penggunaan frasa sendi di atas amat bercelaru. Kenapa penulis berpandangan sedemikian? Apabila kita membaca akhbar, buku-buku dan bahan-bahan penulisan lain, kita acap kali bertemu dengan penggunaan ‘di kalangan’, ‘di dalam kalangan’ ataupun ‘dalam kalangan’. Jadi, yang manakah yang betul?

SEBENARNYA ‘di-‘ ialah kata sendi nama yang digunakan untuk menunjukkan tempat atau lokasi. Contohnya:-

  • di sekolah
  • di kedai
  • di sungai
  • di kampung
  • di dalam kelas
  • di atas meja
  • di luar padang ..

Adakah kata ‘kalangan’ itu bermaksud tempat atau lokasi? …. TIDAK.

JADI penggunaan ‘di kalangan’, dan ‘di dalam kalangan’ sebenarnya SALAH dan tidak GRAMATIS!

SEBETULNYA:-

  • dalam kalangan bukannya di kalangan
  • dalam kesedihan bukannya di dalam kesedihan
  • dalam peperiksaan bukannya di dalam peperiksaan
  • dalam siasatan bukannya di dalam siasatan
About these ads