Archive for Jun 18, 2009


Sedang penulis asyik membaca akhbar Berita Harian: Khamis 18 Jun 2009, (m.s. 8) penulis terpanggil untuk menegur kealpaan dan sikap ambil mudah sesetengah wartawan dalam menulis berita di akhbar-akhbar. Hal ini demikian sebenarnya boleh menimbulkan suasana yang kalut terutamanya kepada para pelajar yang rata-rata menjadikan media massa sebagai rujukan sampingan.

Cuba lihat dengan teliti ejaan kata ‘jawatan kuasa’ yang menjadi tajuk besar berita itu, adakah telah dieja dengan betul? Bukankah ‘jawatan kuasa’ SEPATUTNYA dieja rapat menjadi ‘jawatankuasa’?

Penulis ingin memohon jasa baik orang-orang surat khabar agar lebih berhati-hati ketika menulis sesuatu berita. Salah satu cara kita mendaulatkan bahasa Melayu kita adalah dengan menggunakannya dengan BETUL.

Pening penulis …….

Kata justeru itu sering digunakan orang. SEBENARNYA kata ‘justeru’ bermaksud:-

  • kebetulan, tepat benar, kena benar, sebenarnya, seharusnya, sebaliknya ….

Contoh ayat:-

  1. Kenapa justeru sekarang engkau harus pergi?
  2. Saya tidak pernah sesekali mencacinya, justeru saya yang memujinya.

Ramai daripada kita menggunakan kata justeru sebagai kata tugas yang bersamaan dengan maksud ‘oleh itu‘. Kerana itulah ramai pula yang menambahkan kata ‘itu’ selepasnya.

RINGKASNYA, lebih baik kita menggunakan kata ‘justeru’ bukannya ‘justeru itu’.

Bergambar, justeru ..... seronok-seronok hari KEJOTAN ke-34

Bergambar, justeru ..... seronok-seronok hari KEJOTAN ke-34

Perkataan di atas itu berasal daripada kata dasarnya iaitu ‘bumi’. Setelah menjalani proses pengimbuhan apitan, maka terbitlah perkataan-perkataan tersebut. MASALAHNYA adakah semua perkataan di atas diejakan dengan BETUL?

SEBENARNYA ejaan yang BETUL ialah:-

  • mengebumikan bukannya mengkebumikan
  • pengebumian bukannya pengkebumian

Kata dasarnya ialah ‘bumi’ BUKANNYA ‘kebumi’

  • menge + bumi + kan > mengebumikan
  • penge + bumi + an  > pengebumian

Fahammmmm…