Kata justeru itu sering digunakan orang. SEBENARNYA kata ‘justeru’ bermaksud:-

  • kebetulan, tepat benar, kena benar, sebenarnya, seharusnya, sebaliknya ….

Contoh ayat:-

  1. Kenapa justeru sekarang engkau harus pergi?
  2. Saya tidak pernah sesekali mencacinya, justeru saya yang memujinya.

Ramai daripada kita menggunakan kata justeru sebagai kata tugas yang bersamaan dengan maksud ‘oleh itu‘. Kerana itulah ramai pula yang menambahkan kata ‘itu’ selepasnya.

RINGKASNYA, lebih baik kita menggunakan kata ‘justeru’ bukannya ‘justeru itu’.

Bergambar, justeru ..... seronok-seronok hari KEJOTAN ke-34

Bergambar, justeru ..... seronok-seronok hari KEJOTAN ke-34

Advertisements