Kata yang mahu dibincangkan pada kali ini ialah kata ‘agung‘ dan ‘agong’ yang kerap kali disalahgunakan.

  • agong bermaksud Yang di-Pertuan Agong (gelaran untuk Ketua Negara Malaysia)
  • agung pula bermaksud  paling besar, yang tertinggi, teristimewa, terkemuka ….

JADI AMAT SALAH jika ada orang menulis frasa seperti di bawah:-

  1. mesyuarat agong
  2. konsert agong
  3. penyanyi agong
  4. larian agong

SEPATUTNYA;-

  1. mesyuarat agung
  2. konsert agung
  3. penyanyi agung
  4. larian agung

Contoh ayat:-

  • Yang di-Pertuan Agong akan mencemar duli menyempurnakan majlis itu.
  • Mesyuarat Agung PIBG SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan berlangsung pada 25 Jun 2009.
  • Allah Yang Maha Agung, Tuhan sekalian alam.

    DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

    DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Advertisement