Perkataan di atas berasal daripada kata dasarnya ‘ tenteram’ yang membawa maksud aman, sentosa, tiada kekacauan, tenang ……

Masalahnya timbul apabila kita menambahkan imbuhan awalan meN-, sama ada jadi ‘menenteram’ atau ‘mententeram’?

SEBENARNYA semua kata yang bermula dengan ‘t’ apabila menerima imbuhan awalan meN-, bunyi ‘t’ itu akan dilenyapkan, contohnya:-

  • tarik  > menarik bukannya mentarik
  • tolak > menolak bukannya mentolak
  • tembak > menembak bukannya mentembak

JADI,

  • tenteram > menenteram bukannya mententeram

WALAU BAGAIMANAPUN terdapat juga kata yang bermula dengan huruf  ‘t’ dikekalkan bunyi  ‘t‘ itu. Hal ini khusus kepada kata pinjaman sahaja seperti:-

  • takdir > mentakdir bukannya menakdir
  • tadbir > mentadbir bukannya menadbir
  • tafsir > mentafsir bukannya menafsir
  • taksir > mentaksir bukannya menaksir

SEBETULNYA takdir, tadbir, tafsir, taksir ialah contoh kata pinjaman daripada bahasa Arab.

Advertisements