Penulis baru pagi tadi mendapat panggilan daripada seorang guru perempuan SMK. Kedai Buloh yang ingin mengundang penulis untuk program ceramah teknik menjawab BM PMR. Tarikh yang dicadangkan ialah pada 11 Julai 2009, Sabtu: 8.30 – 10.30 pagi. Tidak semua pelajar PMR yang terlibat, sebaliknya hanyalah terdiri daripada 3 kelas sahaja.

Insya-Allah, jika tidak ada aral yang melintang, penulis akan berusaha untuk menjayakannya.

Pada 13 – 15 Julai 2009, Penulis terpaksa menghadiri mesyuarat anjuran LPM di Kuala Lumpur.

Advertisements