Archive for Jun 24, 2009


Hari Jadi …di Cheras…?

25 Jun merupakan hari jadi penulis yang ke-4_, terpaksalah lupakan sambutannya bersama-sama keluarga dulu, kebetulan… Kejohanan Hoki Antara SBP Kebangsaan kali ke-4 ini, memaksa penulis untuk berada di sini.

Tak apa, tugas didulukan…….

Kota Bharu, 24 Jun 2009, jam 9 pagi: Penulis bersama-sama 16 orang pemain hoki SM. Sains Tengku Muhd Faris Petra telah memulakan perjalanan ke SMS. Selangor, Cheras untuk menyertai Kejohanan Hoki Antara Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan di Selangor.

Tiada apa yang ingin penulis komen ketika dalam perjalanan, cuma apabila mula memasuki ibu kota Kuala Lumpur, masalah kesesakan jalan raya menjadi cabaran. Bas sekolah yang dinaiki penulis dan rombongan terperangkap dalam kesesakan hampir 2 jam dan hanya tiba di SMS. Alam Shah pukul 9.30 malam.

Terima kasih kepada SMS. Alam Shah terutama PK Hemnya kerana menunggu dan membenarkan kami menginap semalaman di SMS. Alam Shah. Keesokan pagi, kami akan mendaftarkan diri dan pasukan di SMS. Selangor, tuan rumah kejohanan pada kali ini.

Penulis nak sambung tidur, eh, jam 4.30 pagi…zzzz