Archive for Jun 28, 2009


Kata ‘maslahat’ berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang berfaedah, berguna, kebaikan …

Kata seperti di atas ini juga disebut sebagai kosa kata luas yang patut diguna pakai semasa menulis karangan.

Contoh ayat:-

  • Pembelajaran secara berkumpulan banyak terkandung maslahatnya.
  • Pelestarian alam semula jadi dilaksanakan demi kemaslahatan dan kepentingan makhluk yang bergelar manusia.

Kata ‘analisa’ banyak sekali digunakan orang walaupun sebenarnya tidak tepat atau tidak gramatis. Kata ‘analisa’ ini sepatutnya digantikan dengan kata ‘analisis’

Maksud kata ‘analisis ialah penghuraian sesuatu ( keadaan, masalah, persoalan.. ) untuk mengetahui pelbagai aspek secara terperinci …

Contoh ayat:-

  • Analisa keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan ada sedikit peningkatan.   X
  • Analisis keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan ada sedikit peningkatan.   √
  • Sekumpulan pelajar sedang menganalisis hasil dapatan sains yang baru ditemukan.   √
  • Sekumpulan pelajar sedang menganalisa hasil dapatan sains yang baru ditemukan.   X